Bermain dengan haiwan ternakan jinak tanpa had, ini 7 destinasi petting zoo mesra kanak-kanak boleh singgah di Selangor

No Image Caption
A
A
A

JIKA tiada plan sempena cuti hujung minggu, apa kata kalian bawa family bermain dengan haiwan ternakan jinak tanpa had!

Keunikan yang terdapat di zoo mini sekitar Selangor boleh menjadi tempat riadah dan eksplorasi buat si kecil yang sukakan haiwan comel.

Bayangkan keterujaan anak-anak yang dapat pegang dan belai si arnab, alpaka, kambing, unta, burung unta, kura-kura dan banyak lagi yang dibiarkan bebas berkeliaran.

Tourism Selangor mengesyorkan tujuh tempat menarik yang boleh dikunjungi buat si cilik yang sukakan haiwan comel. Berikut perincian:

No Image Caption

1. Hussin Fauzi Farm

No Image Caption

  • Terdapat haiwan yang rare seperti Llama, alpaka, unta dan burung unta.
  • Pengunjung boleh membeli pek makanan haiwan berharga RM2 untuk memberi makan haiwan yang dilepaskan bebas.

No Image Caption

2. Bukit Jelutong Eco Community Park

  • Merupakan taman persendirian yang dibuka di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor kepada orang ramai.
  • Sambil mendaki bukit, pengunjung boleh beriadah di kawasan tasik tanpa sebarang caj dikenakan.

No Image Caption

  • Terdapat haiwan ternakan seperti kambing, itik, burung unta, iguana dan landak dipelihara di kawasan ladang berhampiran.
  • Pek makanan haiwan juga dijual pada harga RM5 hingga RM10 di pintu masuk taman.
  • Dibuka bermula jam 9 hingga 10.30 pagi (sesi pagi) dan 3 petang hingga 7 malam (sesi petang).

No Image Caption

3. IOI City Farm

  • Zoo mini yang dibuka di dalam bangunan dengan pelbagai jenis reptilia, mamalia dan amfibia.
  • Terdapat kucing bengal, tikus belanda, walabi dan monyet marmoset jinak yang boleh didekati.

No Image Caption

  • Mesin layan diri untuk jualan makanan haiwan juga disediakan untuk arnab, tikus belanda, ikan koi dan banyak lagi.

No Image Caption

4. G2G Animal Garden

  • Tarikan zoo haiwan peliharaan dengan lebih 80 spesies eksotik dan tempatan. Antaranya capybara, feret, unta, rakun, alpaka dan banyak lagi.
  • Si kecil boleh melihat dengan lebih dekat burung hantu, rumah kucing, rumah terapi, taman arnab, laman ternakan kampung, santuari rusa dan rumah reptilia.
  • Caj tiket masuk bernilai RM25 hingga RM60, selain aktiviti menunggang kuda dengan bayaran RM8.

No Image Caption

5. Just Pets Megastore

  • Premis yang terletak di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor itu antara destinasi menarik buat peminat haiwan eksotik.
  • Anak-anak boleh bermain dan memberi makan meerkat, rakun, tikus belanda, kambing pygmy, alpaka dan aneka reptilia.

No Image Caption

  • Tempat berkenaan juga mempunyai ruang khas iaitu Just Cat untuk penjagaan kucing eksotik seperti maine coons, munchkins, british short hairs.
  • Jika kalian nak beli ikan air tawar, ikan air laur, kucing, sugar glider, aksesori akuarium dan keperluan haiwan ternakan pun ada tersedia di sana.

No Image Caption

6. The Mins

  • Antara zoo mini tersembunyi yang terletak di Kota Damansara, Selangor.
  • Terdapat lebih 60 spesies haiwan yang didatangkan khas dari Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tenggara yang boleh dilihat dengan lebih dekat.

No Image Caption

  • Caj masuk dikenakan RM30 untuk kanak-kanak (empat tahun ke atas) dan dewasa untuk bermain dengan musang canadian marble, prairie dog, kuda dan kambing.
  • Kafe Luckbros Kopi boleh menjadi hentian rehat buat anda yang sudah penat menjelajah zoo mini tersebut.

No Image Caption

7. Farm In The City

  • Zoo haiwan jinak yang terletak di Seri Kembangan, Selangor itu antara pilihan ramai sempena cuti hujung minggu dan musim perayaan.
  • Pengunjung boleh melihat dan bermain haiwan eksotik seperti kura-kura gergasi, kambing, alpaka, keldai, rusa dan banyak lagi berkeliaran.

No Image Caption

  • Caj tiket masuk bermula RM32 hingga RM39 untuk warganegara manakala pelancong asing dikenakan RM48 hingga RM58.
  • Selain pek makanan haiwan dijual, banyak juga premis jualan makanan dan cenderamata yang boleh dibeli sebagai kenangan.

No Image Caption

Bukan saja dapat habiskan masa bersama anak tercinta, mereka pun boleh belajar dan bermain di ruang yang luas.

Jika ada tempat lagi best dan menarik, kalian boleh kongsikan di ruang komen kami nanti.

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang