Ayam goreng kunyit garing di luar isi berjus di dalam, pemuda ni dedah teknik brine yang ramai tak tahu!

No Image Caption
A
A
A

Selalu kalau goreng ayam, mesti akan masak sampai garing untuk pastikan bahagian dalam juga masak sempurna.

Tapi, bila masak garing ayam dah sejuk jadi auto keras, betul tak?

Kadangkala geram juga bila beli kat kedai makan atau makanan segera, terfikir macam mana ayamnya masak di luar garing tapi di dalam isinya cantik dan masak sempurna.

Haaa rupanya ada teknik betul tau nak dapatkan ayam sempurna begitu seperti perkongsian dari Mohd Haffiz Supai ni!

No Image Caption

Teknik brine

Melalui perkongsiannya di laman Facebook, untuk dapatkan ayam goreng sebegitu haruslah menggunakan teknik brine iaitu rendam ayam dengan air garam.

"Kalau nak ayam goreng kunyit garing di luar juicy di dalam boleh cuba rendamkan ayam dengan air garam (teknik brine) dan biarkan sejam dua tapi sebaiknya semalaman dan letak dalam chiller.

"Sebelum goreng bilaskan dulu sebelum lumur dengan kunyit dan garam. Nak tambah serbuk cili pun boleh. Lepas tu goreng lah macam biasa. Sebaiknya goreng dalam minyak sampai ayam tenggelam sepenuhnya (deep fry)," tulisnya.

Hasilnya, anda akan dapat isi yang juicy dan berkilat tetapi masak sempurna.

No Image Caption

Tambahnya, teknik ini juga boleh digunakan untuk masak ayam goreng bersalut tepung.

Jadi, mak-mak yang anak suka makan ayam goreng tu boleh la cuba teknik ni. Mesti anak-anak auto jatuh hati!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang