Puas hati buat sendiri rempeyek nipis dan rangup. Tabur lebih kacang dan ikan bilis lagi padu!

No Image Caption
A
A
A

DAH menjadi kebiasaan atau tabiat orang kita ni, sikit-sikit nak mengunyah. Walaupun ketika itu baru sahaja menikmati makanan berat. Setuju tak?

Mengunyah pula tak kira masa, ketika menonton televisyen, buat kerja atau borak dengan rakan sambil bergosip, opppss!

Kalau nak kudapan sihat sikit, boleh la ambil buah-buahan. Tetapi kalau nak rajin sikit, boleh cuba buat rempeyek rangup ni! Mungkin ada dalam kalangan anda yang baca ni peminat kudapan ini, tetapi kecewa yang jual di luar sana tak kena dengan selera. Sesetengah orang jual tepungnya tebal atau makan minyak.

Jadi, nak puas hati buat sendiri je ikut resipi dari rakan kita di laman Facebook ini, Fienaz Shafie. Jom cuba!

Resipi rempeyek nipis & rangup

Bahan-bahannya :-

2 1/2 cawan Tepung Beras

1sk Tepung Jagung

2 kotak Santan saiz 65ml

300ml Air 1sk Air Kapur

1 biji Telur

1sk Garam

1sk Kiub ayam

2sdb serbuk bawang putih

1sdk serbuk jintan manis

1sdk serbuk jintan putih

1sdk serbuk ketumbar

1sdb jintan putih

Cara-caranya :-

1. Campur kesemua bahan dan gaul sebati.

No Image Caption



2.Rendam acuan ke dalam minyak yang panas selama 3 minit.

3. Tuang adunan ke dalam acuan. Pastikan bunyi berdesir apabila adunan kena pada acuan untuk adunan melekat pada acuan. Jika tak bunyi bermakna acuan tidak cukup panas.

4.Taburkan ikan bilis dan kacang tanah .

No Image Caption



5.Celupkan acuan tadi ke dalam minyak panas . Pastikan minyak banyak dan acuan tadi tenggelam.

6.Apabila tempeyek dan timbul biarkan sekejap dan balikkan supaya kacang matsak dan rangup. Api tak perlu kuat sederhana sahaja.

7.Apabila rempeyek bertukar warna angkat dan toskan. Dah siap!

No Image Caption



Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam balang kedap udara. Sesekali buat kudapan sendiri apa salahnya kan? Bukan untuk siapa, tekak sendiri dan keluarga juga! Bila buat sendiri ni, letak penuh-penuh ikan bilis dan kacang memang puaslah makan.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang