Ekspo kahwin 3 hari di Shah Alam ni lain macam bestnya, bakal pengantin wajib singgah!

No Image Caption
A
A
A

BILA berbicara soal kahwin, sudah tentu bab persiapan menjadi perkara utama yang bermain di fikiran. Daripada baju sanding, pelamin, kad jemputan sampailah ke katering – semuanya perlu difikirkan.

Tapi bayangkan kalau semua itu boleh diselesaikan di satu tempat saja? Jawapannya, mesti kena ke KahwinFest 2025.

Acara mega yang bakal berlangsung selama tiga hari berturut-turut pada 1 hingga 3 Ogos 2025 bertempat di Dewan Raja Muda Musa (DRMM), Shah Alam, Selangor. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam, masuk adalah percuma dan parkir pun disediakan tanpa sebarang caj.

Menghimpunkan lebih daripada 100 vendor terkenal dalam industri perkahwinan di bawah satu bumbung yang terdiri daripada busana pengantin, pelamin, katering, cenderamata, jemputan kahwin, sehinggalah ke khidmat jurugambar dan barang kemas.

Selain itu, turut ditawarkan hadiah cabutan bertuah yang cukup menarik. Antaranya, majlis perkahwinan impian di Grand Oasis Inspire Hall, Seri Kembangan tajaan Great Creation Events yang bernilai RM21,000.

No Image Caption

Bukan itu sahaja, antara hadiah lain yang menanti pengunjung bertuah termasuklah percutian dua hari satu malam di Pulau Langkawi tajaan VC Venture, pakej rawatan spa daripada Skin Vogue Medispa, E-Kad Mewah daripada Ikriza Enterprise, serta 10 set butang baju Melayu dari Kedai Emas Sri Perak.

Tidak ketinggalan juga sesi fotografi studio Exit Friendzone, set memasak, pembersih vakum, wang tunai, mesin pengisar dan pelbagai lagi hadiah menarik tajaan vendor KahwinFest.

Menurut Pengarah QALAM Management, Sham Amir, sebanyak 1,000 beg tote eksklusif tajaan Medina Craft juga akan diberikan secara percuma kepada pengunjung terawal setiap hari sepanjang tiga hari ekspo berlangsung.

Ia sebagai penghargaan buat mereka yang datang awal dan menyokong acara ini sejak edisi pertama.

“Kami ingin semua pasangan bakal berkahwin datang minggu ini. Semuanya ada, dari kelengkapan asas hingga yang eksklusif mengikut bajet masing-masing. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat poket,” ujarnya.

Lebih menarik, pentas utama bakal diacarakan oleh dengan seperti Asyuu Vianaa dan Azam Zainal.

Malah program berkenaan juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran selebriti media sosial dan pempengaruh popular seperti Ryan Deedat, Sharkmanz, The Iman Ali, Abam Panda, Papa Ayie, Yuna Zainal dan ramai lagi.

.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang