Playland terbaharu & terbesar di Shah Alam, taman permainan padang pasir pertama dalam negara wajib singgah cuti sekolah
ANAK-anak bosan duduk di rumah sepanjang cuti tambahan sempena perayaan Deepavali?
Kalau kalian tiada plan nak balik kampung atau bercuti panjang, apa kata bawa mereka bermain sampai puas di JR Sahara Playland yang dibuka baru-baru ini di aras tiga, AEON Mall Shah Alam, Selangor.
Taman permainan indoor terbesar di Shah Alam yang berkonsepkan padang pasir itu memang luas. Mana tidaknya, keluasan sebesar 16,000 kaki persegi!
Pasti si kecil teruja sebaik saja tengok pelbagai permainan baharu yang terbentang luas depan mata.
Tak perlu disuruh, mereka sudah berlari untuk bermain semua gelongsor, laluan berhalangan, basikal dan banyak lagi yang ditawarkan Syarikat Pelangi Planet Sdn Bhd.
Berkongsi keunikan tersebut, pengerusinya, Datuk Minarwan Nawawi berkata, Jr Sahara Playland memiliki kelainan tersendiri.
Muzik: Special Day oleh Material Gurl (Soundstripe)
Taman permainan kanak-kanak indoor tersebut mengenengahkan konsep, hiasan dalaman dan persekitaran yang bertemakan dunia padang pasir Sahara.
“Boleh dikatakan konsep sedemikian belum pernah diketengahkan di mana-mana premis taman permainan dalam negara dengan kapasiti 200 orang pada satu-satu masa.
“Ia boleh dianggap sebagai taman permainan tertutup yang terbesar di Shah Alam,” katanya yang memulakan fasa pembangunan dan pembinaan pada April lalu sehingga siap sepenuhnya pada September lalu.
Ujar lagenda hoki negara itu, pihaknya teruja dengan sambutan hangat yang diberikan orang ramai sejak dibuka pada 3 Oktober lalu sebelum perasmian baru-baru ini.
“Alhamdulillah, berkat persefahaman baik antara Pelangi Planet dan AEON Shah Alam, Jr Sahara Playland dilihat mampu mengisi keperluan bagi seluruh masyarakat di sekitar kawasan ini sebagai tarikan harian dan hujung minggu.
“Selain menawarkan rangkaian permainan yang menarik, mereka boleh menerokai dunia padang pasir yang menyeronokkan. Ibu bapa boleh berehat di ruang yang disediakan,” tuturnya yang mempunyai pelbagai inisiatif dan perancangan akan datang.
Antaranya, program sumbangan korporat (CSR) atau sumbangan peribadi untuk menaja dan membiayai pelbagai komuniti kanak-kanak kurang upaya, yatim piatu, miskin dan kurang bernasib baik.
Wow! Kalau lihat kemudahan yang ditawarkan memang puas hati. Ruang rehat dan makan pun selesa.
Jadi, apa tunggu lagi? Tawaran harga tiket masih lagi munasabah dan untuk penjaga, hanya RM10 jer sekali masuk.
JR Sahara Playland
- Alamat: Lot T03, Tingkat 3, AEON Mall, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
- Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
- Harga: Kanak-kanak RM20-RM35 (hari biasa) RM25-RM49 (hujung minggu & cuti umum) dan RM10 (penjaga)
- Facebook: AEON MALL Shah Alam
- Instagram: @aeonmall.shah_alam
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang