Tak perlu terbang ke Greece nak stay Santorini, ini 4 destinasi dalam Malaysia boleh singgah untuk percutian singkat

No Image Caption
A
A
A

TIPULAH kalau kalian tak tertawan dengan keindahan Santorini yang terletak di Kepulauan Cyclades, Greece.

Apatah lagi, hotel bertingkat tepi laut dengan desain unik, ditambah dengan bonus lautan tersergam luas. Memang healing habis.

Boleh dikatakan untuk percutian enam hari di sana boleh mencecah RM20,000 atau lebih, bergantung kepada pakej yang kalian ambil.

No Image Caption

Jenuhlah menabung semata-mata nak terbang ke sana untuk menikmati panorama indah yang mungkin sekali seumur hidup.

Mungkin satu berita baik buat anda yang berimpian untuk ke Greece apabila sudah banyak konsep penginapan ala Santorini dalam negara.

No Image Caption

Tinjauan SinarPlus di aplikasi TikTok mendapati, beberapa pilihan menarik yang boleh kalian pertimbangkan dengan kos lebih murah.

Artikel Berkaitan:

Santorini @ Villa Nurkasih, misalnya antara tarikan di Klang, Selangor untuk kalian yang plan untuk bercuti bersama keluarga besar.

No Image Caption

Lengkap dengan kemudahan asas dalam rumah, vila tersebut juga mempunyai kolam yang luas untuk aktiviti air sampai puas.

No Image Caption

Santorini @ Villa Nurkasih

  • Alamat: Lorong Haji Ayob, Off Jalan Kapar, Batu 3, Klang, Selangor
  • Waktu operasi: 24 jam
  • Facebook: Villanurkasihklang
  • Instagram: @villanurkasihklang
  • TikTok: @nurkasihklang

Lagi satu tempat yang mungkin ada yang tak tahu, Santorini Hideaway Ipoh yang mempunyai 15 bilik pelbagai jenis.

No Image Caption

Lagi best, kalau book awal boleh pilih bilik aras bawah yang ada akses terus ke kolam renang. Makna kata, lepas check in, boleh terus terjun bersama kawan.

No Image Caption

Santorini Hideaway Ipoh

  • Alamat: 6 Hala Tambun Permai 2, Taman Tambun Permai, Ipoh, Perak
  • Waktu operasi: 24 jam
  • Facebook: Ipoh Santorini Hideaway - Hotel Inspired
  • Instagram: @ipohsantorinihideawayofficial
  • TikTok: @ipohsantorini

Santorini @Villa Ameda yang terletak di Jeram, Kuala Selangor, Selangor pun menarik kalau nak singgah.

No Image Caption

Sebab apa? Bukan saja luas dengan pelbagai pilihan bilik, anda juga boleh booking satu vila untuk aktiviti family day atau retreat satu pejabat.

#jommakan #makanmakansinarplus #nasiberlaukviral #fyp #fypage #nasiberlauktengahmalam #sinarplus #lifestylesinarharian #fypシ゚viral" />

No Image Caption

Santorini @Villa Ameda

  • Alamat: Lot 299, Jalan Kapar - Kuala Selangor, Jeram, Kuala Selangor, Selangor
  • Waktu operasi: 24 jam
  • Facebook: Villa Ameda
  • Instagram: @villaameda
  • TikTok: @villaameda

No Image Caption

Kalau bercuti di Melaka, apa kata kalian trystaycation di The Arjana Resort yang menjadi tarikan di sana.

Apa yang best lagi, setiap blok rumah memang ada vibe ala Santorini, lengkap dengan kolam renang. Setiap sudut boleh shoot OOTD.

No Image Caption

Lagi syok, dekat jer nak pergi pantai, tapi kalau malas nak jalan kaki, boleh jer healing dalam resort.

The Arjana Resort

  • Alamat: Lot 3357, Jalan Pengkalan Balak, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka
  • Waktu operasi: 24 jam
  • Facebook: Arjana Resort
  • Instagram: @thearjanaresort
  • TikTok: @thearjanaresort

No Image Caption

Cukup tak untuk list kalian? Kalau ada pilihan penginapan yang menawarkan konsep lebih kurang sama, bolehlah share di ruang komen kami nanti.

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang