Lokasi riadah percuma hujung minggu, ini 5 opsyen ibu bapa bawa anak healing tanpa perlu bajet besar

No Image Caption
A
A
A

CUTI hujung minggu kadang-kadang membuatkan kita buntu nak bawa anak-anak beriadah.

Mana tidaknya, kalau kena time tengah bulan memang susahlah nak bajet kewangan sampai tiba minggu gaji.

By the way, jangan risau. Sebenarnya sudah banyak tempat rekreasi yang masih dalam bajet atau dibuka secara percuma kepada pengunjung.

No Image Caption

Mungkin sebagai tarikan baharu sesuatu tempat, jadi kelebihan ruang healing dan taman permainan gergasi buat si kecil bermain sampai puas ketika berkunjung ke sana.

Bayangkan satu kawasan yang luas dijadikan tempat bermain dengan pelbagai jenis kemudahan seperti buaian gergasi, gelongsor dan laluan berhalangan.

No Image Caption

Tak cukup dengan itu, banyak pilihan premis makanan yang boleh disinggahi oleh ibu ayah bila perut sudah berkeroncong.

Artikel Berkaitan:

#jommakan #makanmakansinarplus #nasiberlaukviral #fyp #fypage #nasiberlauktengahmalam #sinarplus #lifestylesinarharian #fypシ゚viral" />

No Image Caption

1. Avenue Kingdom

  • Alamat: Persiaran Bangi Avenue, Kajang, Selangor
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 12 malam
  • Aktiviti: Taman permainan outdoor, pokok berlampu, OOTD, tempat makan dan laluan berliku

No Image Caption

2. Elmina Lakeside

  • Alamat: Urban Park, Elmina, Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
  • Aktiviti: Taman permainan outdoor, berbasikal, aktiviti santai di tasik, OOTD, piknik dan shopping

No Image Caption

3. Central Park @ IOI Resort City

  • Alamat: Central Park, IOI Resort, Putrajaya, Selangor
  • Waktu operasi: 6 pagi hingga 10 malam
  • Aktiviti: Taman permainan outdoor, gelongsor gergasi, taman mesra haiwan peliharaan, petting zoo mini, berbasikal, gelanggang sukan serba guna dan taman papan luncur

No Image Caption

4. TRX City Park

  • Alamat: Level 3, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 11 malam
  • Aktiviti: Taman permainan outdoor, aktiviti air, rock climbing, Rooftop Forest Walk dan piknik

No Image Caption

5. PineWalk @Taman Saujana Hijau Putrajaya

  • Alamat: Jalan P11, Presint 11, Putrajaya
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 7 malam
  • Aktiviti: Taman permainan outdoor, trek laluan berbukit, piknik, berbasikal dan OOTD

No Image Caption

Sesekali nak hiburkan hati anak-anak tanpa perlu belanja besar, apa salahnya kan?

Lagi pun, inilah masanya untuk ibu bapa bonding time bersama mereka selepas penat bekerja direct lima hari.

No Image Caption

Hilang stress dan anak-anak pun seronok dapat jalan-jalan.

Okey, kalau ada tempat lagi best yang boleh dikongsikan, share dalam ruang komen kami ya!

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang