Transformasi rumah lama ke syurga oasis tropika. Percutian ala sultan paling rare di Melaka

RUANG yang ultra luas, ditambah kemudahan serba lengkap, menjadikan Adventure Lodge 30 antara pilihan ramai untuk menghabiskan masa bersama keluarga di Melaka.
Lebih mengujakan, premis yang terletak di lot paling tepi di 30, Jalan Nangka 7, Taman Rumpun Bahagia itu membuatkan ramai terkesima dengan dekorasi mewah mesra keluarga berkenaan.
Menurut pengurusnya, Iris Chua Tzu Chin, 38, kolam renang privasi antara tarikan utama buat mereka yang mahu mencari ketenangan ala oasis dengan suasana alam semula jadi.

“Selain kolam khas untuk si comel bermain air, kami juga sediakan jakuzi panas di luar (outdoor) untuk mereka menikmati keindahan malam.
“Jangan bimbang soal kebersihan kolam kerana kami menjalankan penyelenggaraan tiga kali seminggu untuk memastikan air berkilauan persis kristal,” terangnya.

Uniknya Adventure Lodge 30, fasiliti penting buat si kecil tidak dipandang ringan apabila sudut permainan kanak-kanak lengkap dengan gelongsor dan perpustakaan mini turut disediakan.
Bukan sahaja bilik karaoke, penginap juga boleh menggunakan ruang santai bar dalam kolam, meja snuker, tempat memanggang barbeku, ruang makan, dapur dan Wi-Fi 500 Mbps tanpa had.

Bagi kapasiti enam bilik premium yang ditawarkan, rumah yang diubah suai dengan kos RM1.8 juta berkonsepkan tema klasik Bali itu boleh memuatkan hingga 25 orang.
Demi menyerlahkan suasana tropika dan ruang dalaman dengan nilai estetik moden, pemilik sanggup mengimport perabot dan aksesori khas dari Indonesia.

Selain menjadi destinasi percutian untuk keluarga besar, premis serba guna itu juga boleh disewa untuk majlis korporat, majlis perkahwinan, pelancaran produk, penggambaran video dan banyak lagi.
Berkongsi mengenai idea transformasi rumah dua tingkat tersebut, Iris memberitahu pihaknya tertarik dengan lokasi yang luas di tepi jalan.

“Sebenarnya idea ini tercetus semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Masa itu saya dan suami rancang nak buat projek rumah yang boleh jana pendapatan.
“Jadi, bila ada tempat yang sesuai, kami terus rebut peluang. Meskipun rumah ini sudah berusia lebih 40 tahun, tapi ada potensi yang bagus untuk pelaburan hartanah,” ceritanya.

Saran Iris, beliau juga menggalakkan orang ramai yang berminat supaya membuat tempahan lebih awal.
“Setakat ini, tempat boleh dikatakan penuh setiap hujung minggu dan cuti hari raya kerana lokasi strategik di tengah bandar,” katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang