Winter mood on! WynSnow KLCC bawa pengalaman salji tertinggi di Malaysia, lepak WynSports syurga mainan buat si kecil
TIDAK perlu lagi hablur ais palsu atau terbang jauh ke negara empat musim jika anda sendiri boleh merasai pengalaman bermain salji sebenar di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Destinasi percutian mesra keluarga, WynSnow by Wyndham Suites KLCC menawarkan taman salji setinggi 48 tingkat dengan panorama menara pencakar langit.
Berkongsi keunikan tersebut, Pengurus Jualan dan Pemasaran WynSnow & WynSports by Wyndham Suites KLCC, Lim Weng Shin atau mesra disapa Lewis berkata, destinasi rekreasi bertemakan musim salju itu adalah yang tertinggi dalam negara.

“Dengan suhu serendah -1 darjah Celsius, pengunjung tak kira usia boleh menikmati suasana musim sejuk sebenar dengan pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama anak-anak.
“Bukan saja boleh bermain ais, gelongsor gergasi dan kereta bumper, si kecil juga boleh memanaskan badan di ruang atas yang lengkap dengan teknologi imersif,” katanya yang mengenakan caj RM50 untuk sekali masuk.


Jika masih belum puas beriadah, Lewis juga mempelawa kalian untuk mencabar diri di The Maze berwarna-warni atau menghabiskan masa bersuka ria di Bubble Wonderland.
“Sebenarnya, penthouse dua tingkat berkeluasan 24,500 kaki persegi ini diubah suai menjadi ruang bermain salji bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dengan kesan ilusi 3D dan lantai glasier di ruang balkoni.


“Nak lagi cantik, pengunjung juga boleh merakam momen indah bersama keluarga dengan berlatarbelakangkan pemandangan bangunan ikonik negara seperti Menara Berkembar Petronas dan Tun Razak Exchange (TRX),” katanya.
Taman tema panda
Lewis juga mengajak orang ramai untuk mencuba WynSports by Wyndham Suites KLCC seluas 24,500 kaki persegi dengan pelbagai permainan interaktif.


Sesuai untuk si comel berusia dua hingga 10 tahun, pelbagai sudut lengkap dengan zon panjat dinding, gelongsor gergasi, kolam bola, laluan halangan interaktif dan banyak lagi bertemakan panda.
“Jangan bimbang soal kebersihan kerana staf kami akan menjalankan prosedur sanitasi semua permainan setiap dua jam, sebelum dan selepas memulakan operasi.


“Kami juga terbuka untuk tempahan ruang sempena sambutan hari jadi atau keraian kerana boleh memuatkan kapasiti hingga 150 orang,” katanya yang memaklumkan penginap ditawarkan pakej lagi berbaloi.
Soal makanan tidak menjadi masalah kerana Chef AIDen menawarkan menu signatur seperti nasi goreng yang dimasak menggunakan sistem kecerdasan buatan (AI).

“Uniknya, semua makanan termasuk snek ringan dimasak oleh robot AI sekali gus menjadi tarikan ramai. Lagi satu, pilihan minuman juga sesuai untuk anak-anak.
“Sudah penat main, pengunjung juga boleh bermain air sampai puas di kolam infiniti yang tersedia untuk ruang dewasa dan kanak-kanak,” sarannya kepada semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

