Resort dalam kolej? Port bercuti serba lengkap boleh main air sampai puas, harga serendah RM11 jer

No Image Caption
A
A
A

KEUNIKAN taman tema air mini dengan tiga jenis kolam menjadi antara kelebihan buat Quinara Al Safir Resort di Jalan Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu untuk tampil berbeza berbanding penginapan lain.

Menariknya, bukan sahaja dibuka kepada penginap, malah orang ramai juga boleh terus datang untuk bermain air sampai puas dengan bayaran hanya masuk pada kadar RM15 hingga RM18 untuk dewasa.

Untuk si cilik, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pula hanya dikenakan caj masuk RM11 hingga RM12 sahaja bagi menikmati kemudahan kolam kanak-kanak, separa kanak-kanak dan dewasa.

No Image Caption

Pemiliknya, Ahmad Razmi Abd Rahman berkata, fasiliti menyeronokkan itu ditawarkan seiring permintaan semasa pelancongan lokal khususnya kepuasan buat si kecil.

“Alhamdulillah sambutan cukup luar biasa, ditambah kelengkapan serba jangkap seperti dewan kaca, ruang seminar, kafe, lif, parking dan dataran yang luas,” katanya.

No Image Caption

Secara keseluruhan, terdapat 48 bilik yang terdiri daripada Superking Deluxe, Superior Queen dan Studio Suite yang mesra OKU pada harga bermula RM171.72 hingga RM356.40 semalam.

Artikel Berkaitan:

Bersembang dengan bapa kepada lima cahaya mata itu, rupanya-rupanya kebanyakan pekerja resort ialah pelajar Kolej Kemahiran Inforana miliknya.

No Image Caption

Barangkali impian untuk mewujudkan persekitaran pekerjaan sebenar mendorong Ahmad Razmi nekad membina resort serba lengkap di dalam kawasan kolej.

Kredit: ararafi_89

Menurut usahawan berusia 55 tahun itu, Quinara Al Safir Resort menjadi buah tangan kedua selepas penubuhan Kolej Kemahiran Inforana yang mengkhususkan pengajian kulinari.

No Image Caption

“Ini bukan sekadar resort semata-mata tetapi pusat latihan perniagaan buat anak-anak supaya mereka dapat meneruskan legasi dengan masa depan lebih baik.

“Bahkan, saya mahu melahirkan lebih ramai anak yang berjaya dalam bisnes pelancongan. Jaminan pekerjaan sudah tersedia selepas mereka tamat belajar nanti,” tuturnya.

No Image Caption

Meski sudah bertapak sejak tahun 2006 lagi, namun penginapan seluas 3.64 hektar itu masih relevan dan terus menjadi pilihan pengunjung terutamanya syarikat korporat.

Mana tidaknya, tempahan penuh setiap hujung minggu dengan pelbagai aktiviti dan majlis seperti perkahwinan, minum petang, hari keluarga, seminar dan majlis hari raya.

No Image Caption

Malah, bukan hanya dapat menghabiskan masa bermain air, pengunjung juga boleh singgah melihat haiwan jinak di Taman Arnab dan Taman Rusa berhampiran.

Sebagai perancangan masa depan, suri hati kepada Naimatulasma Abdullah, 49, itu juga sedang menunggu kebenaran merancang bagi projek pangsapuri perkhidmatan setinggi 13 tingkat.

“Bagi menampung permintaan ramai, kami mahu membina pangsapuri dengan 288 unit pada tanah yang masih berbaki 1.2 hektar lagi. Doakan projek ini berjaya,” ujarnya penuh semangat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang