Menu Ramadan Raya di Seoul Garden kembalikan nostalgia komuniti di Malaysia

No Image Caption
A
A
A

SEBUT sahaja Seoul Garden memang ramai yang sudah mengenali jenama ini. Pejam celik rupanya jenama ini sudah pun menyambut ulangtahun yang ke 40.

Sehingga kini terdapat tiga jenis kedai makanan jenama ini iaitu Seoul Garden, Seoul Garden Hotpot dan Seoul Garden Korbi Grill.

Seperti mana hotel dan tempat lain yang berlumba-lumba mengadakan promosi untuk berbuka puasa, Seoul Garden tidak terkecuali.

Terdapat lebih sepuluh menu istimewa khas untuk anda peminat setia jenama yang dijamin halal ini.

No Image Caption

Terdapat 63 cawangan di seluruh Asia dan 36 cawangan di seluruh Malaysia, setiap tempat mempunyai keistimewaan tersendiri dan harga yang berlainan bergantung kepada keluasan outlet.

Makanan panas yang dihidangkan selain daripada daging panggang premium dan juga steamboat merupakan antara tarikan untuk berbuka puasa nanti.

Menu akan bertukar-tukar sehingga enam ke lapan kali sepanjang anda menjamu selera. Antara juadah yang pastinya menarik minat anda adalah lauk ayam masak merah, kari ikan salmon, kari ayam, ayam goreng (soy garlic/ honey butter/ Korean/ berempah), tauhu sumbat, mi goreng, mantau, nasi goreng Korea, sayur campur dan juga ayam masak mentega.

Belum lagi disenaraikan pelbagai jenis pencuci mulut yang pastinya membuatkan anda kecur air liur.

Ayuh jemput rakan-rakan atau pun keluarga anda untuk merasai pengalaman makan di sini bersama-sama ketika berbuka puasa nanti. Jangan lupa buat tempahan awal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang