10 info Safwa Zamri, hafizah al-Quran raih keputusan peperikssan ACCA kedua tertinggi di dunia hanya dalam masa 6 bulan

KEJAYAAN wanita muda ini menjadi bualan ramai menempa nama di peringkat dunia selepas mengukir kejayaan dengan meraih markah tertinggi dalam peperiksaan bagi kertas Recording Financial Transactions (FA1) sesi Mac 2023.

Kejayaan Safwa Zamri, 19, meraih keputusan cemerlang 98 peratus dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) itu membolehkan beliau menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize.

Ia sekali gus meletakkan dirinya berada pada kedudukan pertama di Malaysia!

Baca juga: Beauty with brains, anak Malaysia raih markah ACCA kedua tertinggi di dunia, Julea Qiestyna jadi tumpuan warganet 

Bukan calang-calang wanita muda ini. Berikut 10 fakta membanggakan dan tip pembelajaran yang boleh dijadikan panduan dan inspirasi:

1-Safwa yang merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradi kepada pasangan guru, Zamri Mohd Amin, 56, dan Rashidah Ab Rahman, 57.

2-Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu Kampus Dungun itu merupakan penghafaz al-Quran atau hafizah pada usia 14 tahun ketika menuntut di Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut.

3-Safwa yang mengambil jurusan sains tulen dan agama mendapat 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021.

4-Safwa tidak mempunyai asas pengajian perakaunan kerana mengambil aliran sains tulen.

5-Ibu bapanya mencadangkan untuk memilih jurusan perakaunan kerana sesuai dengan kebolehannya dan minat beliau dalam matapelajaran Matematik.

Baca juga: Kemasnya al-Quran tulisan tangan! Bakal doktor Al-Hafizah terima 2 anugerah JAKIM jadi inspirasi

Kredit foto: Buletin Didik

6-Tambahan pula empat adik-beradik yang lain lulusan dalam bidang perubatan dan kejuruteraan. Justeru mereka mencadangkan Safwa mendalami bidang perakaunan.

7-Pelajar tajaan Yayasan Terengganu itu bertekad memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan ACCA biarpun baru enam bulan belajar tentang perakaunan.

8-Pernah mengalami kebuntuan dalam pengajian perakauan, Safwa mengatasinya dengan kerap membuat latihan dan ulang kaji hingga akhirnya timbul minat terhadap bidang itu.

9-Ibu bapanya mengakui Safwa, cemerlang sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sentiasa menggondol tempat pertama di dalam kelas.

10-Ibunya, Rashidah berkata Safwa memiliki semangat tinggi dalam mencapai sesuatu yang diinginkan. Anak bongsunya itu rajin dan sanggup berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran agar dapat menguasai setiap subjek dengan cemerlang.

Baca juga: Wanita hebat, Iman Asri terpilih Syahadah Ula al-Fateh, lulus semakan 30 juzuk dalam 17 jam, 5 info mengenainya

Iklan

Menerusi satu temu bual dengan saluran televisyen pendidikan, Safwa berkongsi pengurusan masa yang baik dan pengurusan masa yang berterusan adalah rahsia kecemerlangan.

Safwa juga mengakui perlu menjaga hubungan dengan ALLAH dan mengamalkan solat sunat dhuha setiap hari.

Kejayaan Safwa turut mendapat perhatian daripada Menteri Besar Terengganu yang mengucapkan tahniah menerusi laman sosial rasminya.

Kementerian Pengajian Tinggi tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Safwa dan seorang lagi pelajar yang mencatat markah tertinggi di Malaysia dan ketiga di dunia bagi kertas Performance Management, Danish Zafran Bazam dari UiTM Shah Alam.

Wah, hebatnya kejayaan anak muda ini. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semoga semangat, kecemerlangan dan ketekunan Safwa menjadi inspirasi dan motivasi kepada wanita lain.

Iklan

Baca juga: Pernah tular dibaham kera ketika bayi, wanita kini doktor al-hafizah, genggam ijazah perubatan Al-Azhar

Sumber: Bernama, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.