HomeKisah MasyarakatInspirasiPernah tular dibaham kera...

Pernah tular dibaham kera ketika bayi, wanita kini doktor al-hafizah, genggam ijazah perubatan Al-Azhar

Pernah tular dibaham kera ketika bayi, wanita kini doktor al-hafizah, genggam ijazah perubatan Universiti Al-Azhar.

INSIDEN yang berlaku 25 tahun yang lalu itu tidak menjadi halangan buat ‘bayi’ berkenaan membesar dan melakar kejayaan. Si kecil itu berkenaan pernah menggembarkan Malaysia dan menjadi tajuk muka depan apabila dibaham kera ketika berusia lapan bulan.

Kisah itu dikongsikan semula pengguna Facebook, Annie SK yang menghadiri acara konvokesyen ‘bayi’ berkenaan, Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) binti Hj Kamarudin baru-baru ini.

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

Hantaran ucapan tahniah daripada beliau menjadi perhatian pengguna laman sosial itu.

“Alhamdulillah finally. Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) binti Hj Kamarudin.
The youngest of bin/binti Kamarudins. Bongsu nombor sembilan,” titipnya yang merupakan seorang guru.

Dr Fatin Nabihah pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia pada tahun 1998 apabila menjadi mangsa monyet liar. Pada tahun 1998 ketika masih bayi, wanita hebat itu diserang ketika tidur dalam buaian di ruang tamu rumah.

Ketika kejadian, abang dan kakaknya berada berhampiran buaian dan mereka berada dalam jagaan pembantu rumah kerana ibu bapa mereka keluar bekerja.

Difahamkan monyet setinggi hampir setengah meter masuk ke rumah melalui lubang kecil pada tingkap bilik.

Susulan serangan, Dr Fatin Nabihah mengalami kecederaan serius pada betis kanan manakala beberapa jari kaki kirinya hampir putus.

Baca juga: Wanita hebat, Iman Asri terpilih Syahadah Ula al-Fateh, lulus semakan 30 juzuk dalam 17 jam, 5 info mengenainya

Keratan akhbar tahun 1998 melaporkan tentang tragedi menimpa Dr Fatin Nabihah, bapanya Kamarudin menunjukkan lubang kecil yang dibolosi monyet berkenaan sebelum menyerang. (Kredit: Facebook Annie SK)

Akibat serangan itu juga beliau mengalami luka yang dalam sehingga menampakkan tulang betis!

Namun trauma masa lampau tidak melemahkan semangat wanita itu mengukir kejayaan dalam akademik.

Menerusi catatan kakaknya,, Dr Fatin Nabihah terdahulu adalah pelajar terbaik Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), meraih keputusan Mumtaz dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Tidak terhenti di situ, Dr Fatin Nabihah menyambung pelajaran di Darul Quran JAKIM dan menamatkan pengajian dengan hafazan 30 juzuk sekali gus meraih gelaran Al-Hafizah.

Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Pada tahun 2016, ‘bayi’ yang pernah menjadi perhatian negara itu melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Al-Azhar dan selamat bergraduasi pada tahun 2023.

“Antara Malaysian medic students Al-Azhar yang dapat program pertukaran belajar ke Mexico. Syukur selesai semua. Tahniah beribu tahniah!!

“Inilah baby girl yang menggemparkan Malaysia in 1998 di muka depan suratkhabar, masuk semua newspaper dan berita TV dengan tajuk ‘bayi parah dibaham kera’,” titip kakaknya, Annie.

Iklan

Warga maya teruja dengan perkongsian itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada Dr Fatin Nabihah atas kejayaan yang digenggamnya.

Tidak kurang juga yang mengimbau kembali tragedi berdarah yang pernah menimpa doktor muda itu.

– “Beauty with brain.. tahniah.”

– “Cerita ini memang tidak dilupa juga.”

– “Tahniah!!! Cantik, bijak dan hafizah.”

Iklan

– “Syukur Alhamdulillah dan tahniah buat family D’ Kamarudin’s. Dr Fatin Nabihah ,beauty with brain.”

Baca juga: ‘Tokma wanita berkerjaya berdikari.’ Dr Amalina hargai pengorbanan, imbau suka duka dibesarkan ibu tunggal

Sumber: Annie SK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Norjuma didakwa atas lima pertuduhan, cederakan tiga individu, lakukan khianat

BEKAS personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed dihadapkan di empat Mahkamah Majistret...

Ensefalitis: Keradangan otak akibat jangkitan. Benarkah gaya hidup atau stres jadi punca? Pakar ini kongsikan penjelasan

SECARA global, dianggarkan sejumlah 1,444,720 kes dan 89,900 kematian dicatatkan akibat...