SAYANG sehingga hujung nyawa. Begitu kasihnya seorang suami yang tidak pernah miss walaupun sehari untuk berkunjung ke kubur isteri tersayang.

Perkongsian seorang anak terhadap rutin harian bapanya cukup menyentuh hati netizen lebih-lebih lagi sudah hampir 10 tahun tidak pernah berhenti berkunjung ke tanah perkuburan itu.

Pemilik akaun Facebook, Farid Said dalam tulisannya mengenai kisah cinta sejati ayahnya yang tidak pernah melupakan kekasih hati.

“Dah hampir 10 tahun…inilah rutin dia setiap pagi…tak pernah miss walau sehari..

Kalau tak dapat pergi pagi, dia pergi petang…tapi mesti kena pergi…itu kira macam KPI hidup dia…

kasih ke syurga

Dia akan potong rumput, dia akan siram pusara mak.. dia akan bersihkan sekeliling…betapa hebatnya kasih sayang dia kat emak..

10 tahun bukan jangka masa yang pendek. Itulah dinamakan cinta…

Ya allah, berilah kesihatan yang baik untuk dia. Aku sayang dia dunia akhirat..

Artikel berkaitan: Rumah tiada zink, anak kesejukan. Netizen terharu bantuan UEL tak kira bangsa, agama

Iklan

Al fatihah emak…beruntung mak dapat bersuamikan dia….” tulisnya.

Sebak dibuatnya. Rata-rata warganet yang berkongsi komen menyifatkan suami seumpama itu hanya satu dalam sejuta.

Masing-masing tidak ketinggalan menghadiahkan doa dan surah al fatihah buat insan yang sudah pergi.

Iklan

Satu dalam berjuta2 suami. Semoga Abah selalu dberi kesihatan yg baik… Aamiin…” – Sophia MrsFairus

Kasihnya berpanjangan abadi. Moga bertemu di jannah nanti. Aamiin.” – Noor Izam