21 juta likes, 3,000 pek sold out 2 jam, kecil lagi pandai bisnes, Achey & isteri dorong Tiara berniaga

A
A
A

SEJUMLAH 3,000 pek gula-gula sold out dalam masa dua jam, pelawak Achey dan isteri bersyukur bisnes anak mereka, Tiara mendapat sambutan menggalakkan.

Berniaga menerusi platform TikTok Shop milik bapa, Nur Tiara Zinnirah yang baharu berusia lima tahun menjual Tiara Botol Candy iaitu makanan ringan pelbagai jenis.

Terkejut dengan sokongan netizen dan kurniaan rezeki buat cahaya mata mereka, Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya atau Anne menitipkan syukur.

Baca juga: Jual aksesori rambut, mainan raih lebih RM500,000 sebulan, jutawan muda 11 tahun ‘bersara’ awal tumpu pelajaran

"3,000 pek terjual dalam masa dua jam. Alhamdulillah, produk pertama Tiara, Tiara Botol Candy meledak.

"Terima kasih semua yang support Tiara. Rezeki dia, Alhamdulillah syukur Ya ALLAH," titip Anne.

Achey mendedahkan idea jualan makanan ringan tersebut idea anaknya.

Pelawak berusia 37 tahun itu terharu dengan sokongan daripada warga maya dan mengharapkan perniagaan menjadi pelajaran dan medium buat si kecil itu mengutip pengalaman.

"Rezeki apakah anak ini, Tiara Zinnirah? Tiara dia sidikit perlahan dalam pembelajaran tetapi ayah dan mama yakin Tiara mampu menimba kepelbagaian ilmu dan pelajaran serta pengalaman.

"Idea dan cadangannya saya tidak pernah ambil remeh agar dia mencuba apa sahaja yang baik.

"Dek kerana dia tengok video dari seberang, orang meniaga coklat Dubai. Selama dua hari dia tekan ayah untuk dia buat perniagaan yang sama, tapi jual #tiarabottolcandy sebab ayah tak mampu nak beli berkotak-kotak coklat Dubai.

"Candy itu dari pasaran kita sahaja. Cuma susahnya, perlu beli jumlah yang banyak dan pelbagai jenis kerana hendak dicampur di dalam satu pek," kongsi Achey.

Baca juga: Keputusan IVF negatif, Achey pasrah

Kemeriahan jualan candy si kecil itu menjadi luar biasa apabila meraih purata 21 juta likes sehingga pihak TikTok menghubungi mereka.

"Semalam jam 11.00 Tiara sudah penat bermain. Ayah kata tidur dia tak mahu, degil juga nak jual candy dia.

"Dia live dengan ayah 15 minit terjual 300 pek, Subhanallah!

"Malam tadi sejarah sampai wakil Tiktok malaysia menghubungi kami. Purata 21 juta likes dan 21,000 mata yang memandang dan maksimum 3,000 pek terjual dalam masa dua jam," jelasnya.

Baca juga: ;Cantiknya Alisa. Sekejap jer dah besar.' Hanis Zalikha kongsi video anak sambut hari lahir di spa kanak-kanak bikin warga maya teruja

Biarpun margin keuntungan kecil, Achey bersukur dan berharap perniagaan anaknya itu dapat diteruskan.

"Walaupun keuntungan bersih purata dalam seringgit sahaja tetapi kuantiti memecah rekod keluarga kecil kami. Tak tahulah kalau dia pecah rekod TikTok.

"Inilah insan yang ALLAH anugerahkan kepada kami pada 10 Ramadan 2018," titipnya.

warganet terus memberikan sokongan buat Tiara dan mendoakan si kecil itu terus mencipta kejayaan pada masa hadapan.

- "Alhamdulillah. Rezeki ALLAH yang Maha Luas. Semoga Tiara sentiasa dalam lindungan-NYA dan kebahagiaan sentiasa menjadi milik ayah ibu sekeluarga."

- "Astaghfirullahalazim, Subhanallah. Sungguh pembawa rezeki budak Tiara ni, Alhamdulillah, keep it up Tiara."

- "Rezeki ALLAH itu luas untuk kamu Tiara. Semoga terus berjaya dunia dan akhirat dan menjadi asbab kebahagiaan ibu ayah."

- "Alhamdullilah murah rezeki, sayu dan happy dengar reaction emak ayahnya."

Baca juga: Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

Sumber: Instagram acheykintangkintung

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca