PAKAR bedah kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, Dr Nur Amalina Che Bakri selamat melahirkan anak sulungnya di hospital St. Thomas minggu lalu. Menerusi satu perkongsian dilaman media Instagram, Dr Amalina telah memuat naik beberapa keping gambar bersama puteri kesayangannya, Arabella Mia.

Dalam perkongsiannya itu, beliau dilihat sedang bersiar-siar bersama anaknya yang diletakkan di dalam kereta sorong bayi sambil menimati udara yang segar. Walaupun baru 4 hari, Dr Amalina kelihatan ceria dan bertenaga membawa bayi kesayangannya menghirup udara luar.

Baca juga: Selamat bersalin, Dr Amalina kini bergelar ibu, dedah wajah anak perempuan

“Bella dalam kereta sorong bayi, dibalut dengan selimut dan topi beruang comelnya. Pada usia empat hari, dia pertama kali berjalan dengan mummy dan daddy,” tulis Dr Amalina.

Namun apa yang menarik perhatian ramai warga maya, meskipun baru sahaja empat hari melahirkan anak dan dalam tempoh berpantang, Dr Amalina kelihatan sihat dan bertenaga.

Ekoran daripada perkongsian tersebut, kebanyakan warga maya berasa kagum dengan beliau memandangkan Dr Amalina keluar daripada rumah tanpa menunggu tempoh berpantangnya tamat.

Amalan berpantang selepas bersalin cukup sinonim dalam kalangan masyarakat kita khususnya bagi orang Melayu.

Sejak zaman dahulu lagi, bermacam-macam jenis pantang larang dan petua sudah diamalkan supaya tahap kesihatan wanita selepas bersalin berada dalam keadaan yang stabil.

Menjengah ke ruangan komen, Dr Amalina ‘dihujani’ ucapan tahniah dengan kehadiran cahaya mata sulungnya itu.

Baca juga: Boleh cuti bersalin setahun, 5 bulan bergaji penuh, perkongsian Dr Amalina buat warganet teruja 

Namun yang menarik perhatian ramai ialah komen-komen tentang Dr Amalina yang tidak melalui proses berpantang seperti kebanyakan wanita di Malaysia.

Tidak kurang yang teruja dengan penampulan Dr Amalina kelihatan segar biarpun beberapa hari selepas bersalin. Ujar mereka:

-“Cantiknya Doktor, saya hari keempat bersalin pergi pemeriksaan anak berkain batik, tudung sarung dan berkerusi roda. “

-“Saya pada hari keempat bersalin berada di rumah emak, memakai pakaian musim sejuk walhal suasana sekeliling hangat dan pijar.”

-“Kagum dengan Doktor selepas empat hari sudah kuat untuk berjalan. Saya pada keempat masa bersalin normal dan caesar masih lemah. Tahniah. “

-“Power lah Doktor. Empat hari brsalin sy masih menangis bengkak susu.”

-“Dia doktor lebih tahu tentang kesihatan diri. Sudahlah sibuk bertanya berpantang atau tidak. Doa yang baik-baik sahaja.”

Baca juga: Pilih kerakyatan British untuk anak, ini penjelasan Dr Amalina

Memetik perkongsian Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah menerusi Facebook beberapa tahun yang lalu, beliau menyangkal salah satu informasi mengenai berpantang selepas bersalin yang dijumpai di media sosial.

Dr Rafidah tidak bersetuju tentang maklumat mengenai pantang pemakanan ketika bersalin. Ujar Dr Rafidah, cara yang dikongsikan tersebut tidak betul.

Berikut pantang larang pemakanan yang dimaksudkan antaranya:

1.Setelah makan buah tembikai, jangan minum susu.

2.Setelah makan buah manggis jangan langsung minum minuman yang bergula/manis.

Iklan

3.Setelah makan buah durian, jangan langsung minum minuman yang bergas atau beralkohol kerana boleh menyebabkan strok.

4.Setelah makan buah pear, jangan langsung ambil madu. Reaksi kimia bertukar menjadi racun.

5.Setelah makan udang, jangan langsung makan Vitamin C.

6.Jangan makan jeruk atau jus jeruk selepas atau semasa makan makanan laut. Reaksi kimia tidak bagus untuk buah pinggang.

Baca juga: Dr Amalina pilih kickboxing, wall climbing untuk kekal fit

Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

Selain itu , berikut cadangan Dr Rafidah buat ibu-ibu yang ingin berpantang pemakanan:

1. Pemakanan dikira dengan jumlah kalori sehari dan diimbangkan dengan penggunaan kalori tersebut. Kalau mahu lebih jelas, boleh guna apps myNutriDiari atau MyFitnessPal.

2. Jangan fitnah bahan-bahan yang disenaraikan. Kebanyakannya elok kesemuanya.

Iklan

3. Bila anda makan makanan apa pun ianya ‘bertemu’ di dalam perut. Tidak ada fakta atau kajian yang menunjukkan benda mengarut sebagaimana yang tersenarai.

Beliau juga memohon agar orang ramai tidak terus berkongsi tentang fakta ini. Jelasnya lagi jika mahu berpantang makan, eloklah mengikut saranan pertama seperti yang dikongsikan oleh beliau.

Kesimpulan ketika dalam tempoh berpantang, amalkan pemakanan yang berkhasiat, dapatkan tidur yang cukup dan sentiasa berfikiran positif. Hasilnya walaupun dalam tempoh berpantang, anda kekal sihat dan bertenaga.

Baca juga: Dr Amalina kongsi 5 tip elak lengah tugasan, istimewa buat pelajar Malaysia

Sumber: Dr Amalina , Dr Rafidah Abdullah 

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi