5 hari hilang di hutan Royal Belum, anggota tentera ditemui meninggal dunia, doa ibu agar kembali ke pangkuan berakhir sedih
5 hari hilang di hutan Royal Belum, anggota tentera ditemui meninggal dunia, doa ibu agar kembali ke pangkuan berakhir sedih
KEHILANGAN anggota tentera, Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib, 33, menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Keberadaannya di hutan simpan yang terletak di Utara Perak itu tidak dapat dikesan sejak Jumaat, 7 April lalu ketika dalam OP KOTA ECHO/FOXTROT Siri 2/2023.
Mangsa merupakan anggota dari Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Bentong, Pahang. Siasatan awal polis mendapati kehilangan berlaku Jumaat lalu pada jam 5 petang semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan.
Baca juga: Gugurnya wira negara, Lans Koperal Mohamad Azrin lemas ketika latihan, berikut kronologi kejadian
Difahamkan Allahyarham yang dikenali sebagai Ayie hilang sewaktu menuruni bukit dalam perjalanan pulang ke Kem Operasi.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak hari pertama tidak dapat menjejaki bapa kepada dua cahaya mata itu.
Baca juga: Perginya Wira Merah terperangkap arus banjir, tinggalkan balu, 4 anak
Berita duka pemergian beliau dimaklumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
“Takziah diucapkan kepada Ketua Wanita Cawangan Pengkalan Sena, Fadzilah Bakar dan keluarga di atas pemergian anakanda tercinta.
““Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman,” katanya.
Terdahulu, Fadzilah menerusi hantaran di Facebook mmeohon doa daripada warga maya agar anaknya itu kembali ke pangkuan.
“Ya ALLAH selamatkanlah anakku dan Engkau kembalikanlah dia ke pangkuanku semula, aamiin,” titipnya.
Manakala isteri arwah, Nur Hayatul Husna berharap agar operasi pencarian dikurniakan petunjuk.
Baca juga: 10 perkara penting perlu dibuat segera bila ada ahli keluarga meninggal dunia
"Permudahkanlah urusan pencarian suamiku Ya ALLAH, semoga ada keajaiban dan petunjuk. Ayang dan anak-anak tunggu abang,” kongsinya.
Warganet mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham.
- “Salam takziah, moga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.”
- “Salam takziah, semoga diberikan ketabahan kekuatan.”
- “Salam takziah Husna, semoga tabah dengan ujian Allah..”
- “Salam takziah atas kehilangan suami. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman aamiin.”
- “Salam takziah, semoga terus kuat dan tabah.”
Baca juga: Luluh hati...4 beradik maut rumah terbakar ditemui dalam bilik air, 8 info kejadian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang