7 tahun dalam bidang oil & gas, cuti bersalin cetus idea bisnes bahulu gulung
7 tahun dalam bidang oil & gas, cuti bersalin cetus idea bisnes bahulu gulung
TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu. Siapa sangka pada mulanya hanya sebagai separuh masa, kini ia dijadikan sumber pendapatan.
Begitulah kehidupan, jika kita berusaha bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu pasti akan berjaya kelak.
Seperti kisah wanita muda bernama Nurul Farhana Mohd Ridzuan yang berusia 34 tahun kini tanpa disangkanya telah terjun ke bidang pembuatan bahulu gulung.
Bahulu gulung merupakan sejenis bahulu yang mempunyai tekstur gebu seperti kek span. Selain jem nenas, terdapat juga perisa seperti coklat, Nutella, strawberi dan kacang tanah sebagai intinya.
Nurul Farhana menamakan bisnes bahulu gulung miliknya sebagai NN Food Station Enterprise yang beroperasi sejak 2020.
Ujarnya kepada SinarPlus, idea itu tercetus ketika dia cuti bersalin cahaya mata pertamanya tiga tahun lalu.
Katanya, bahulu gulung jarang dijumpai di pasaran, biasanya hanya bahulu Kemboja, bahulu cermai dan bahulu ikan.
"Saya terfikir untuk membuat bahulu gulung ini sebab ia jarang dijumpai. Pada mulanya dulu saya pernah membuat bisnes dimsum sejuk beku dan ready-to-eat.
"Ketika itu sempatlah bisnes dimsum saya tu masuk pasaran di beberapa stesen minyak Petronas sekitar Shah Alam.
"Namun dek kerana diberi rezeki oleh ALLAH mengandung ketika itu, saya tekad untuk berhenti. Ini kerana saya pernah mengalami keguguran sebelum tu, jadi saya tak mahu ambil risiko lagi," ceritanya.
Bicaranya yang dipanggil mesra sebagai bonda Kemboja itu sebelum ini bekerja di bahagian Sumber Manusia di sebuah syarikat Oil & Gas di Sri Kembangan, Selangor.
"Sebelum ini kerja HR di syarikat oil and gas pada tahun 2012 di Sri Kembangan.
Masa tu cuti bersalin selama enam bulan. So daripada tak buat apa, sajalah buat part time bisnes. Tapi sekarang dah jadi sepenuh masa dah," ujarnya.
Semua orang tahu, setiap bisnes pasti ada cabaran dan halangan. Akui Nurul Farhana, dirinya juga tidak terkecuali.
"Pada awal dulu bisnes, ramai tak percaya bahulu kita selamat di pos kerana ia bahan makanan.
"Tapi alhamdulillah makin lama makin ok, makin sangat ok. 95 peratus penghantaran kita sampai dalam masa sehari. Even ke Miri, Sarawak pun bahulu kita sampai dalam tiga hingga empat hari.
"Halangan lain adalah bahulu rosak semasa di dalam jagaan pihak kurier. Kucing, kera, semut.
"Cabaran pula ialah memenuhi cita rasa pelanggan. Namun dalam 10 customer alhamdulillah sembilan daripadanya bagi feedback ok.
"Yang satu tu akan ada feedback kering dan tak moist. Tapi kita jual bahulu, bukan jual kek swiss roll. Texture dia begitu. Jika buat moist, jadi kek roll pula," tegasnya.
Cerita wanita cekal itu, dia bersyukur atas sambutan luar biasa bahulu gulungnya.
"Alhamdulillah. Most of customer akan cakap, 'dah lama cari'. Saya tak sure macam mana nak bagi produk saya menepati trend semasa.
"Plan asal memang cuma nak jual produk yang lain dari yang lain dan produk nostalgia dulu-dulu. Cumanya trend sekarang is doorgift. So saya buat juga saiz doorgift.
"Syukur sangat mendapat tempahan. Banyak lagi seller doorgift lain jual aneka kek, kek marbel, pisang, brownise. Saya pun duk iklankan yang sama untuk pelbagaikan. Tak maulah semata jual doorgift bahulu.
"Tapi, doorgift bahulu juga yang laku. Doorgift kek lain-lain macam perlahan. Tapi saya sangat gembira bila customer suka, doorgift saya lain dari yang lain dalam pasaran doorgift," katanya.
Cita-cita Nurul Farhana ingin memiliki kedai untuk bahulu gulungnya.
"Sekarang ni semua base di rumah dan saya solo rider, semua buat sorang dr A-Z. Plan nak ada kedai. Tak besar pun tak apa, cuma nak lebih proper untuk bekerja dan berhajat untuk buka peluang pekerjaan. Ada satu dua staf tetap pun dah alhamdulillah," ujanrya.
Pesanan Nurul Farhana kepada wanita muda lain yang ingin menceburi bidang perniagaan, kita perlu tahu apa yang kita nak dalam hidup dan jangan sesekali malu.
"Cari passion, kita kena tahu apa yang kita nak sangat dan apa skil kita ada. Ada orang malu berniaga. Ada orsng tak pandai buat kek tapi padai masak nasi Arab, masak laksa. Jangan sesekali takut untuk mencuba," pesannya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang