'Aku bukan suami sempurna namun...' Ucapan manis Imam Muda Asyraf sempena anniversary ke-14 buat isteri, warganet doa kebahagiaan

A
A
A

ANNIVERSARY adalah hari yang bermakna bagi setiap pasangan yang berkahwin. Meraikan momen ulang tahun ke-14, titipan pendakwah Asyraf Redzuan menjadi perhatian ramai.

Juara dalam rancangan realiti dakwah Imam Muda musim pertama di saluran Astro Oasis itu menerusi hantaran di Instagram mengucapkan kata-kata indah buat kepada isteri, Nur Husna Yusof.

"Dia seorang yang sangat sederhana. Sehingga kadang terfikir mengapa insan sebaik dia dimiliki oleh seorang lelaki yang entah apa-apa. Dia tidak pernah meminta untuk masuk ke dalam kehidupan yang amat janggal dengan jiwanya.

"Sebab itu sebolehnya hati ini mahu saja menutup segala drama masyarakat di luar sana dari pengetahuannya. Bukan untuk 'memanipulasi'. Namun dia tak perlu terluka memikir sesuatu yang tak sepatutnya," kongsinya.

Baca juga: Nabila Razali dikecam hebat, Tokti dan Imam Muda Asyraf beri kata semangat

Baca juga: 'Terima kasih kedua-dua isteriku', titipan Ashraf Muslim raih doa ramai

Mengimbau pahit manis yang dilalui bersama, pendakwah berusia 38 tahun itu mengakui kelemahan namun sentiasa memperbaiki diri dalam membahagiakan suri hati.

"Aku bukan suami sempurna namun sedaya memastikan dia dijaga dengan selayaknya. Selama 14 tahun bersama. Sudah pasti panjang ceritanya, banyak dugaannya.

Andai bahagia didunia hanya seketika. Himpunkanlah kami di Syurga buat selamanya. Happy anniversary Nur Husna," kongsinya.

Baca juga: 'Meriahnya, hari jadi macam hari raya. Suka tengok.' Surprise sempena hari lahir, reaksi Ustaz Azhar Idrus bikin ramai terhibur!

Baca juga: Sambut anak ke-12, gelagat Ustaz Azhar Idrus di hospital mencuit hati, netizen kata 'kemah keming'

Meraikan cinta Asyraf dan Nur Husna, warga maya turut menitipkan ucapan buat pasangan itu.

Ujar mereka:

- "Bagai Yusuf dan Zulaika, moga bahagia hingga ke syurga!"

- "Happy anniversary ustaz dan isteri, semoga bahagia dunia akhirat dan insya-ALLAh berkumpul bersama di syurga."

- "Semoga ALLAH pelihara rumahtangga, sentiasa sakinah , mawaddah wa rahmah."

- "Happy anniversary Ustaz dan Husna dan berbahagia hingga ke jannah. Husna maintain kurus dari mula kahwin hingga kini, saya kagum."

- "Happy anniversary ustaz dan isteri. Nur Husna mesti akhlak dan orangnya seindah namanya, insya-ALLAH."

Beliau sekeluarga berhijrah ke Turkiye pada Januari 2023 namun baru sahaja kembali ke tanah air.

Asyraf atau nama lengkapnya, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Nor Husna pada 2010.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aisy Raihan, Aisy Abdurrahman dan Setiaku Aisyah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca