BUKAN sekali dua kita membaca berita kematian anak kecil akibat lemas di dalam besen atau baldi di bilik air.

Seharusnya insiden yang melibatkan nyawa anak-anak kecil tidak perlu dipandang enteng memandangkan mereka tidak berupaya untuk ‘menyelamatkan’ diri tatkala berdepan detik cemas.

Jangan sesekali terleka atau cuai kerana dalam sekelip mata sahaja macam-macam boleh terjadi.

Bercakap soal kanak-kanak mati lemas di bilik air ibu bapa perlu tahu bahawa kedalaman air kurang daripada 2.5 sentimeter pun sudah merisikokan nyawa mereka.

Inilah situasi yang dialami seorang ibu apabila anaknya tertonggeng ke dalam baldi walaupun ditinggalkan tidak sampai seminit.

Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, wanita dikenali sebagai Dyla Adnan berkongsi cerita anak perempuannya, Adinda hampir lemas di dalam bilik air.

“Aku nak korang semua alert tentang air, bilik air, tolong sangat-sangat sebelum jadi macam kes aku. Aku leka, aku cuai. Maafkan mami anak-anak.

“Pada 11 Jun 2021 hari Jumaat, aku macam biasa petang-petang bawa anak jalan-jalan kat bawah.

“Sudah pukul 7 petang aku naik dan mandikan diorang (anak-anak). Pintu bilik air terbuka selalunya, aku masuk sekali.

“Tapi nak jadikan cerita aku nak tutup pintu rumah. Then suami aku balik, dia cakap anak-anak mana, aku cakap dalam toilet.

“Sekelip mata seminit pun tak sampai anak aku dah tertonggeng di dalam baldi ada air. Anak aku Adinda setahun sebulan,” kongsinya.

 

Bahaya di bilik air, ini langkah keselamatan yang perlu ambil tahu

Menurut Dyla, ketika disedari, anaknya sudah dalam keadaan lembik.

“Aku jerit panggil suami, dia pun menjerit. Sambil aku panggil, aku terus angkat anak aku.

“Anak aku dah lembik wey, suami aku goncang-goncang dia bagi sedar. Aku memang panik, tapi aku terus buat cpr kat anak aku tekan dada dia guna dua jari lepas CPR (Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari).

“Korang mak ayah kena tahu apa patut buat masa itu dan amik tahu macam mana nak buat CPR kalau anak jadi macam aku. Penting sangat.

“Jangan terus pergi hospital, pastikan dia muntah air dari badan. Aku sebab ALLAH detikkan akal untuk buat, Allahuakbar,” ujarnya.

Wanita itu amat bersyukur, anaknya yang diam sebentar tadi bernafas semula.

Baca juga Vaksin golongan 12 tahun ke atas diluluskan, cadang suntikan dibuat sebelum sekolah dibuka

Iklan

Risiko tersekat di kerongkong, awas biarkan kanak-kanak memberus gigi!

Kuasa ALLAH MAHA BESAR, anak aku muntah lepas tu, dia dah nafas. Aku tetap buat benda sama dan tepuk-tepuk belakang dia. Lepas itu terus pergi hospital.

“Asalkan dia dah bernafas, tapi kalau tak buat CPR dan terus pergi je hospital. Mungkin anak aku dah xde, tapi alhamdulillah.

“ALLAH panjangkan umurnya. Aku bersyukur Ya ALLAH, amanah ini diberikan peluang kedua.

Alhamdulillah, anak yang tercinta selamat. Dyla turut berpesan kepada ibu bapa supaya lebih berhati-hati dan peka apa yang perlu dibuat apabila berdepan situasi sama.

Iklan

“Sampai sekarang aku trauma sangat tengok bilik air. Tutup mata je aku teringat anak aku masa kejadian tu.

“Korang semua tolong alert dan jangan panik, buat apa yang sepatutnya tau. Awasi anak-anak supaya benda buruk tidak berlaku. Sekelip mata je,” pesannya.

Semoga perkongsian itu memberikan pengajaran dan mendidik kita perkara yang perlu dilakukan ketika dalam kecemasan.

Anak-anak kecil memang suka main air. Kita awasi dengan sebaiknya ya!