BARU-baru ini kisah Muhammad Amirul Nazmi Sam, 20, menyentuh hati ramai. Pelajar cemerlang dan berpotensi di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) itu terkandas susulan masalah saluran pembuluh darah ke otak pecah sejak 18 Disember tahun lalu.

Situasi kesihatan itu menyebabkan Muhammad Amirul Nazmi tidak boleh bergerak seperti biasa mahupun menguruskan diri sepenuhnya. Selepas pecah saluran darah ke otak, anak muda itu lumpuh sebelah kanan badan dan tidak mampu bertutur.

Paling menyedihkan, cita-citanya melanjutkan pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) di sebuah universiti di United Kingdom (UK) hampir kabur dan terpaksa ditangguhkan sehingga sembuh.

Baca juga: Alhamdulillah! Kos pengajian pelajar cemerlang 11A kematian ibu ditanggung kerajaan, 8 info berkaitan

Baca juga: [VIDEO] Straight A UPSR hingga SPM, pelajar cemerlang jadi pengawal keselamatan demi rezeki halal

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

Anak kepada tukang cuci, Wan Murni Wan Ngah, 46, itu adalah harapan keluarga. Doa seorang ibu benar-benar termakbul. Biarpun anaknya masih terlantar, syarikat penaja iaitu Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) tetap terus memberikan sokongan.

PETRONAS dalam satu kenyataan berkata sokongan diberikan kepada Amirul dan keluarganya sejak anak muda itu dimasukkan ke hospital lagi.

“Kami akan terus memantau keadaan beliau dengan teliti bagi menyediakan bantuan sewajarnya dalam usaha membantu pemulihan beliau,” kata kenyataan berkenaan.

Amirul di samping ibu, abang Muhammad Abid Salihin, 23, dan adiknya, Muhammad Aqil Faqhrullah, 15.

Syarikat itu turut menjelaskan sentiasa komited dalam menyokong pelajar tajaannya, bukan sahaja dalam bidang akademik malah ketika mereka berdepan masalah kesihatan.

“Keutamaan kami adalah kesejahteraan dan pemulihan pelajar tajaan dan kami bersedia memberikan bantuan sewajarnya dalam keadaan sukar ini, katanya.

Pemuda itu terdahulu ditemukan pengsan di ruang tamu rumah sewa yang didiami oleh seorang tukang cuci.

Muhammad Amirul Nazmi yang sepatutnya bertolak pulang ke Terengganu untuk cuti semester namun dikejarkan ke Hospital Cyberjaya. Dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 12 hari sebelum dipindahkan ke wad biasa.

Baca juga: ‘Like father, like son.’ Raih Anugerah Dekan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, anak Tan Sri Dr Noor Hisham tamat pengajian cemerlang

Baca juga: Inspirasi! Ketika kecil berdiri atas baldi jual air di pasar malam, pesan lelaki cemerlang hargai ibu buat ramai sebak

Selepas 16 hari dirawat di Hospital Cyberjaya, Amirul dipindahkan seminggu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk menerima rawatan.

Untuk rekod, Muhammad Amirul Nazmi merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun sebelum ini apabila memperoleh keputusan cemerlang 9A (8A+, 1A) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021. Pencapaiannya itu sekali gus melayakkan beliau menyambung pengajian dalam bidang IT di UK.

Iklan

Beliau dijadualkan menamatkan pengajian A-level di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur pada Mac dan akan menyambung pengajian di United Kingdom (UK) pada Jun depan.

Buat masa ini, Muhammad Amirul Nazmi yang berada di rumah keluarga di Kampung Jaba, Bukit Apit, Ajil, Terengganu, perlu mengambil susu khas dan perlu menggunakan lampin pakai buang.

Warga maya mendoakan anak muda itu sembuh dan menyambung perjuangan dalam memburu cita-cita.

– “Thank you PETRONAS, Semoga Amirul cepat sembuh dan dapat menyambung kembali pengajiannya.”

– “Semoga ada doa antara kita yang dimakbulkan ALLAH agar anakanda Amirul sembuh dan dapat menyambung pengajiannya, dipermudahkan urusan keluarga. Aamiin.”

– “Terima kasih PETRONAS atas jasa dan keprihatinan, sejak dulu hingga sekarang.”

Iklan

– “Syukur Alhamdulillah. Terbaik PETRONAS.”

Sumber: Facebook Petronas, Sinar Harian (Wartawan Norhaspida Yatim)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!