ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha menzahirkan kesyukuran anak sulungnya, Bella atau nama sebenarnya Sophea Isabella, 13, menerima tawaran melanjutkan persekolahan ke sekolah berasrama penuh, Kolej Tunku Kurshiah (TKC).

Menerusi hantaran terbaru, doktor pakar ortopedik itu berkongsi berita gembira di Facebook.

“Alhamdulillah, SBP result keluar today. Bella dapat tawaran ke TKC. Syukur sangat, it’s one of her choices,” kongsinya.

Lebih istimewa, berita itu juga merupakan kejutan buat Bella yang sedang mengikuti Program Pengayaan Cuti sekolah (PPCS) di Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar pilih Kolej Permata Pintar untuk Bella. ‘Selepas berfikir, berbincang & solat istikharah’

“Picked up Bella today at Genius Permata Pintar. After two weeks of kem PPCS. Rindu sangat, so proud of her.

“Saya memberitahu Bella tentang berita TKC dan dia menangis teresak-esak.

“Terus sujud syukur dan rasa lega kerana kerja keras akhirnya membuahkan hasil,” katanya.

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

Baca juga: ‘Anak-anak merayu mahu naik lagi, mak, bapa macam mahu pengsan.’ -Dr Halina kongsi kisah lucu anak-anak pertama kali naik tren


Manakala Dr Halina juga menzahirkan rasa syukur. Malah beliau juga saksi kegigihan Bella yang menjadi contoh buat anak-anak yang lain.

“Alhamdulillah, Bella selesai dua minggu di PPCS UKM, seronok sangat! Gembira kerana dia kembali. Tiba-tiba Bella kelihatan begitu matang…

“Saya rasa dia berjaya melakukan lebih baik memandangkan ini kali kedua. PPCS adalah penilaian ketiga sebelum pemilihan ke Kolej Permata Pintar Negara. Kena tunggu juga keputusan KPPN esok…

“Satu lagi berita gembira, alhamdulillah.. diterima masuk TKC! Dia menitiskan air mata apabila kami beritahunya tadi.

Baca juga: ‘Cantik &  tinggi Bella, ada lesung pipit.’Terbang ke Universiti Oxford, penampilan anak sulung Dr Sheikh Muszaphar jadi perhatian!

“Dia bekerja sangat kuat. Antara sekolah, kelas online dan latihan berenang, dia tunjukkan adik-adik dia contoh yang sangat baik untuk diikuti. bersyukur Sangat,” ujarnya.

Warga maya mengucapkan tahniah buat Bella dan mendoakan kecemerlangan berterusan pada masa akan datang.

– “Alhamdululillah @drsheikhmuszaphar &fmly. Anak saya mendapat tawaran MCKK, syukur. Moga anak-anak kita mendapat ilmu yang bermanfaat dunia akhirat, aamiin.”

– “Saya baca posting ini dalam kereta sambil bertakung air mata. Kami yang tidak hidup bersama Bella 24/7 pun tumpang rasa bahagia, syukur & terharu, apatah lagi Ibu ayahnya. Tahniah.”

– “Congratulations Bella. She must know the history behind TKC, proposed by her great grandfather, Dato Sheikh Ahmad. 😃😃

– ” Tahniah Bella, @drsheikhmuszaphar & @drhalina . Saya turut tersebak dan gembira, Alhamdulillah.”

Iklan

– “Alhamdulillah syukur. Berkat usaha Bella and parents too.. dengan izin Allah dapat tawaran to join one of the best schools in the country. Tahniah.”

Baca juga: Kenang jasa cikgu Matematik, alumni TKC hadiahkan Perodua Aruz dibayar ‘lump-sum’ sempena persaraan

Baca juga: Alahai mak ayah, jangan tipu pendapatan demi dapatkan tempat di MRSM, risau anak belajar tak berkat

INFO TKC

1-Kolej Tunku Kurshiah (KTK) atau Tunku Kurshiah College (TKC), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh perempuan yang terletak kini terletak di Bandar Enstek, Seremban, Negeri Sembilan.

Iklan

2-TKC ditubuhkan pada tahun 1947.

3-TKC adalah salah sebuah SBP Premier di Malaysia.

4-Mulai tahun 2014, Kolej Tunku Kurshiah telah membuka dimensi baharu dalam gaya pengajaran dan pembelajarannya selepas memperkenalkan konsep Future Classroom apabila sesi PdP dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk teknologi yang tinggi dengan menggunakan iPad sebagai medium pembelajaran interaktif antara pelajar dan guru.

5-Pada bulan Mac 2016, Kolej Tunku Kurshiah telah diberikan pengiktirafan sebagai IB World School untuk menawarkan program pendidikan International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!