Anak yatim piatu 11A SPM terima lebih 10 tawaran pengajian & biasiswa, rezeki mencurah berbakti kepada ibu sakit

A
A
A

REZEKI mencurah selepas sempat tahun berbakti kepada ibu yang terlantar sakit, pelajar cemerlang 11A SPM 2022, Muhammad Shahril Saidi, 18, menerima lebih 10 tawaran biasiswa dan pengajian.

Kehilangan bonda tercinta Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, akibat serangan angin ahmar 10 Jun lalu, anak bongsu daripada enam beradik itu tidak menjangka akan menerima tawaran itu daripada pelbagai pihak yang ingin membantunya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pelajar Tingkatan Enam, Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, Bachok mengakui lebih 10 tawaran diterimanya setakat ini.

Baca juga: Berkat jaga ibu sakit, mandikan sebelum pergi & balik sekolah, remaja anak yatim raih 11A SPM

"Saya sudah menerima lebih daripada 10 tawaran untuk menyambung pengajian dan biasiswa termasuk daripada pihak Petronas, Majlis Amanah Rakyat (MARA), kerajaan negeri serta beberapa universiti awam.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan tidak menyangka akan menerima tawaran yang tidak putus-putus sehingga sukar untuk memilih,” katanya.

Muhammad Syahril yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke luar negara dalam bidang bahasa mengambil keputusan untuk berbincang bersama ahli keluarga bagi membuat pilihan untuk menyambung pengajiannya.

"Sebelum ini, saya ingin meneruskan pengajian di Maahad Yaakubiah untuk mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kerana ingin menjaga ibu yang sakit, bagaimanapun mungkin keputusan akan berubah," ujar Muhammad Shahril.

Antara universiti awam yang menawarkan peluang pengajian ialah Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Perguruan Sultan Abdul Halim.

Baca juga: Ibu pergi jua, pelajar cemerlang 11A SPM 2022 kini yatim piatu buat warganet sebak

"Setakat ini saya bercita-cita untuk menjadi pensyarah kerana minat terhadap bidang pendidikan, katanya.

Katanya beliau perlu melakukan solat sunat istikharah dan berharap dapat membuat pilihan terbaik yang turut mendapat tawaran daripada pelbagai agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Muhammad Shahril sebelum ini menjadi tular di laman sosial selepas guru-guru berkunjung ke rumahnya untuk menyerahkan keputusan SPM kerana tidak dapat ke sekolah kerana menjaga ibu.

Baca juga: Alhamdulillah! Kos pengajian pelajar cemerlang 11A kematian ibu ditanggung kerajaan, 8 info berkaitan

Beliau yang melakukan rutin memandikan ibunya yang terlantar sakit sebelum dan selepas ke sekolah meraih gred A untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Syariah, Usuluddin, Manahu al-Ulum Al Islamiah dan Al Adab Wal Al-Balaghah manakala A untuk Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Syariah dan Al-Lughah Al Arabiah Al-Muasirah.

Paling menyentuh hati, Muhammad Shahril yang kini yatim piatu mengimamkan sendiri solat jenazah bonda tercinta.

Ramai yang mengaitkan kepatuhan dan keberkatan Muhammad Shahril menjaga ibu menjadi asbab kecemerlangan.

Semoga kisah anak muda ini menjadi inspirasi buat golongan muda.

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca