APA lagi yang diperlukan dalam hidup seorang suami selain daripada isteri yang setia di sisi ketika susah mahupun senang. Hal itulah yang menyentuh hati bekas jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei, 40, tatkala melihat tangisan suri hatinya, Datin Wong Mew Choo, 39, di dalam sebuah acara.

Video berdurasi 44 saat yang dirakam secara ‘candid’ tanpa disedari Mew Choo memaparkan beliau sebak dengan ucapan Chong Wei hingga menangis dan menyapu air mata.

Rakaman berkenaan kemudian dikongsikan semula Chong Wei ke laman sosial sebagai apresiasi buat isteri tersayang.

Baca juga: ‘Selamat datang, perseorangan ketiga terima kasih isteri.’-Lee Chong Wei umum timang anak ketiga

“Seseorang ambil video ini secara rahsia dan hantar kepada saya. Ini adalah video dia (Mew Choo) semasa saya sedang berkongsi tentang titik terendah dalam kerjaya. Apabila saya lihat video ini, serta-merta hati saya remuk dan menangis.

“Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup apabila saya mempunyai wanita ini? Terima kasih wifey @wong_mew_choo,” titipnya.

Dalam pada itu, Chong Wei turut memuji tindakan anak kedua mereka, Terrance Lee, 8, yang bertindak menenangkan si ibu.

Warga maya yang menyaksikan video dikongsikan mengakui ketulusan cinta pasangan ini dan menitipkan doa dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.

Baca juga: Anak sedih kawan baik tak makan sekali, Datuk Lee Chong Wei terasa bersalah

– “Tak dapat menahan kesedihan, walaupun depan ramai orang. Hanya isteri tahu susah payah suami.”

– “She really loves you DLCW. The way she crying shows how much painful the journey in sport.”

– “Only a wife knows the ups downs of their husband..”

– “Rasa semua perempuan macam tu. Kalau melibatkan orang yang tersayang. Moga berbahagia selalu Datuk dan Datin”

– “Lucky your wife have husband like you. You and kids are lucky to have great women like her.”

Iklan

– “Berjayanya seorang lelaki bergantung kepada siapa wanita di sisi.”

Baca juga: Wira datang menyelamat! Chong Wei beri sumbangan 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar

Sekadar info, Datin Wong Mew Choo bekas pemain perseorangan wanita negara yang mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas mengalami beberapa siri kecederaan.

Chong Wei dan Mew Choo mendirikan rumah tangga pada 9 Nov 2012.

Iklan

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan anak pertama Kingston, 10 dan Terrance, 8, dan Anson, tiga bulan.

Baca juga: Skuad badminton’ berbisa’ penyumbang pingat paling banyak Sukan Olimpik buat negara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi