BEBERAPA hari lalu tular sebuah video pendek memaparkan seorang pak cik yang berusia lebih kurang 80 tahun yang ditemui masih kuat bekerja dengan berniaga air kelapa di tepi jalan berhampiran kawasan Bandar Puteri, Klang, Selangor.

Video yang dikongsi seorang wanita dalam akaun Twitter @aidaaidil, tenyata membuatkan netizen sebak.

Tulisnya, sikapnya yang suka bertanya membuatkan dirinya terkedu mendengar luahan hati pak cik tersebut sehingga mendorongnya berusaha untuk meringankan bebannya selagi termampu.

Menurutnya, pak cik memberitahunya, dia kerja sebab kena bayar bil.

Katanya juga, dia merakam video tersebut kerana mahu anak-anak yang ada mak ayah yang sebaya pak cik itu tengok dan renung kat ibu bapa masing-masing.

Wanita itu turut mengatakan bukan niat untuk mengaibkan sesiapa. Dia hanya bertujuan untuk membantu demi kelangsungan hidup pak cik tersebut.

Namun, hari ini seorang saudara pak cik tersebut pula tampil menjelaskan perkara sebenar.

Oleh kerana simpati terhadap keluarga pak cik berkenaan menerima kecaman yang teruk sehingga takut untuk keluar rumah, @balqishmazlan tampil menjawab persoalan warganet.

“Dengan rendah diri saya nak munculkan diri saya sebagai one of saudara dia. Family saya panggil dia atok long. Tujuan saya buat Tweet ni untuk clearkan apa-apa misunderstanding yang terjadi dan tuduhan yang melulu terhadap family pak cik ni.

“Saya tiada niat lain selain membantu keluarga ini. Atok long ni dia ada business kanopi, jadi faham-fahamlah apabila dah PKP, bisnesnya jatuh macam mana. Ya, dia ada anak-anak dan cucu. Betullah yang dia kata, nenek jaga cucu-cucu. Betul.

“Saya nak tekan kan yang atok long memang seorang yang kuat dan suka bekerja. Dia sejenis yang tak boleh duduk diam. Ada aje kerja yang dia nak buat. Bukan anak anak dia tak suruh dia duduk diam di rumah. Sudah banyak kali di pesan duduk dekat rumah sahaja. Tapi atok long still berdegil nak jugak buat kerja.

pakcik niaga

“Jadi anak-anak dia dah tak boleh nak kata apa. Selain membenarkan sahaja apa yang dia nak buat.

“Point utama dekat sini, bukan anak anak dia yang paksa atau menyuruh dia bekerja. Tapi sudah penat meminta dia untuk duduk diam di rumah. Jadi mereka benarkan sahaja.

“Maaf kalau ada salah kata. Cuma saya bersimpati dengan family atok long sebab mereka menerima kecaman yang teruk sehingga mereka takut untuk keluar rumah. Harap this will clear the air okay,” jelasnya.

Artikel berkaitan: Gigih berniaga jual air kelapa tepi jalan, kisah pakcik ini buat ramai sebak

Balqish juga ada menjawab beberapa soalan warganet berkaitan kenapa nenek jaga cucu.

Katanya, anak nenek dan atok long ada yang duduk bersama mereka. Jadi sementara anak pergi kerja nenek tolong jagakan. Tambahan dekat rumah tu pun ada pembantu. Tak tahu bagaiman nak terangkan pembantu itu macam mana, tapi ada penolonglah.

Iklan

Selain itu, mereka juga tidak memerlukan apa apa bantuan dari segi duit mahupun baju ataupun facemask setakat ini kerana kedua anak atok long dan nenek long mampu membiayai keperluan mereka lagi.

Untuk menjawab soalan kenapa anak-anak masih duduk dengan ibu bapa. Balqish mengatakan tanggungjawab seorang anak untuk menjaga kedua ibu bapa, jadi mereka mengambil inisiatif untuk duduk serumah untuk senang menjaga kebajikan mereka.

pakcik niaga

Tambahan, nenek long suka menjaga cucu dia ok jadi mereka telah mencapai kata sepakat untuk menetap bersama untuk kebaikan bersama. Harap jawapan ini membantu.

Iklan

Menurutnya juga, pihak keluarga atuk long telah menghubungi akaun Twitter tersebut dan telah meminta jasa baik untuk memadam Tweet itu.

Apapun reaksi terhadap video itu, kerajinan dan kesungguhan atok long sangat luar biasa dalam mencari rezeki.

Kita sebagai anak muda seharusnya lebih kuat berusaha daripada itu.