“Ayam original seketoi, ayaq mellow, sayoq, ubi…” Gelagat kanak-kanak pesan ayam goreng loghat utara raih 3.8 juta tontonan

A
A
A

AYAM goreng makanan kegemaran semua peringkat usia di segenap lapisan masyarakat.

Maka tidak hairanlah kanak-kanak kecil juga menggemarinya.

Memandangkan wabak Covid-19 masih lagi berleluasa, ramai yang memilih untuk memesannya hidangan ayam goreng menerusi dalam talian dan menikmati di rumah.

Kedit foto: Freepik

Baca juga: Warkah Terakhir Seorang Ibu Tular, Sebelum Meninggal Dunia Titip Pesanan Memilukan

Baru-baru ini video yang memaparkan gelagat si cilik memesan ayam goreng menarik perhatian ramai.

Kanak-kanak berusia tiga tahun dikenali sebagai Riyadh telah memesan ayam goreng perisa asli, air coklat, coleslaw dan kentang putar.

Nama Riyadh, tinggal di Pulau Pinang.

Baru berusia tiga tahun

Tidak sekadar itu, dia turut mengakhiri panggilan dengan ucapan selamat tinggal!

“Original ayam ketoi, ayaq mellow, kentang, sayoq ubi.

"Sayoq dengan ubi. OK bye,” tutur si kecil dalam loghat utara.

Video berkenaan menarik lebih 3.8 juta tontonan dan 296,400 tanda suka. Gelagatnya itu turut menghiburkan individu yang menerima pesanan dalam talian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizal hakimm (@rizal_hakimm)

Menerusi ruangan komen, ibu kanak-kanak itu memberitahu Riyadh sebenarnya membuat pesanan melalui bapa saudaranya. Ketika itu sudah hampir waktu hujung operasi restoran.

Rata-rata warga maya memuji kepetahan Riyadh. Tidak kurang juga yang terhibur dengan telatahnya melakukan pesanan dengan cepat.

"Adik sudah terkenal"

"Nampak dia nak cepat"

 

Baca juga: Tarik rambut kanak-kanak, campak 'parcel' atas bayi, rakaman aksi pengasuh undang amarah warganet

Baca juga: Guru kongsi detik cemas staf tiba-tiba bersalin di sekolah. “Cikgu lelaki, guru besar pun kalut macam isteri nak beranak.”

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok @rose, Instagram Rizal Hakim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca