ATLET lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menzahirkan kesyukuran menyambut kelahiran anak ketiganya usai pulang menyumbangkan emas buat Malaysia di Sukan Para ASEAN ke-11 di Solo, Indonesia.

Menerusi hantaran di Instagram, pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 dan dua kali juara dunia pada 2013 itu berkongsi berita gembira kelahiran anak ketiga.

Lebih istimewa, beliau berpeluang menyambut sendiri kelahiran bayi lelakinya di bawah pemerhatian pakar.

Baca juga: Kronologi pingat emas Ziyad ditarik, rekod dunia baru terbatal, berikut 10 info mengenainya

Baca juga: “Saya Minta Maaf Pada Semua Rakyat Malaysia” – Ziyad Zolkefli

“Alhamdulillah, pengalaman ini paling berharga seumur hidup, dapat menyambut anak sendiri. Kalau nak diceritakan memang sangat gemuruh tetapi di sisi saya ada seorang doktor profesional yang selalu menjaga saya disamping. Terima kasih memberikan pengalaman yang tidak dapat di tukar ganti ini,” titipnya.

Malah, seloroh Ziyad anak ketiganya itu seolah tahu ketiadaannya di tanah air dan menunggu beliau pulang sebelum lahir.

“Anak tunggu ayah pulang dari Para Asean, Solo Indonesia. Tetap tunggu ayah balik baru keluar. Diberikan kesempatan untuk berada disisi yang tersayang @zafira_nasir. Terima kasih Dr Khamsiah memberikan pengalaman yang berharga ini,” kongsi Ziyad yang memuat naik beberapa foto wajah anak ketiganya.

Baca juga: Sebaknya, ibu meninggal dunia ketika bersalin, bayi 4 bulan naik pentas terima ijazah

Baca juga: Suami tampal nota maaf memandu perlahan bawa isteri baru bersalin ‘czer’ buat ramai terharu

Iklan

Ziyad baru-baru ini berkongsi kemenangan pingat emas ditujukan buat anak lelakinya yang menyambut kelahiran pada 1 Ogos.

“Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier,” katanya.

Ziyad, 32 berkahwin dengan Zafira pada November 2016 dan terdahulu dikurniakan dua cahaya mata, Zuhayra Zafra, 5, dan Tariq Xavier, 3.

Baca juga: Iltizam Anak Selangor untuk bayi kelahiran 2022, ini syarat, cara mohon perlu ibu tahu

Iklan

Sumber: Instagram @ziyadzolkefli, zafira_nasir

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.