Baiknya hati seorang Neelofa...

Baiknya hati seorang Neelofa...
Baiknya hati seorang Neelofa...
A
A
A

OLEH: Si Bibir Merah

NAMA Neelofa tidak pernah sunyi. Apa sahaja yang dilakukan akan menarik perhatian ramai.

Waima dia letak gambar sebiji burger di media sosialnya pun maka akan ada yang komen.

Bukan satu komen, banyak pula tu.

Itulah dia menggambarkan betapa hebatnya aura seorang Neelofa.

Walaupun ada yang kata Neelofa perli sesiapa tetapi sebenarnya burger yang Neelofa tayang itu bertujuan untuk membantu seorang peniaga burger di Kelantan yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 atas kesalahan berniaga lebih masa.

Baiknya hati seorang Neelofa.

Sanggup nak bantu bayarkan denda bagi abang burger itu sedangkan dia sendiri juga didenda RM60,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika melangsungkan majlis perkahwinannya 27 Mac lalu.

Rezeki Neelofa melimpah ruah sejak bergelar Dewi Remaja 2009/2010.

Setakat nak bayar RM110,000 boleh sangat.

Neelofa, Haris bergelar suami isteri

Baiknya hati seorang Neelofa.

Tahun lalu juga, Neelofa menubuhkan pertubuhan kebajikannya sendiri bernama Pertubuhan Kasih Neelofa.

Penubuhan itu bertujuan bagi membantu insan yang memerlukan.

Ibadah kerana Allah SWT dan menyantuni masyarakat, tanpa mengira bangsa, agama, budaya atau sempadan.

Baca juga Terkejut nama trending di Twitter, Fazura sangkakan kerana lemang

Baiknya hati seorang Neelofa.

Sebelum ini juga, Neelofa terlibat dengan aktiviti kebajikan menerusi CSR Neelofa x NeelofaTeam di mana usahawan cantik ini sendiri turun padang menghulurkan sumbangan ke rumah insan-insan yang memerlukan.

Jadi, jom la kita bersangka baik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca