[VIDEO]Banjir jadi 'theme park', siap bawa unicorn, tapi hati-hati ya

Banjir jadi 'theme park', siap bawa unicorn, tapi hati-hati ya
Banjir jadi 'theme park', siap bawa unicorn, tapi hati-hati ya
A
A
A

BARU-BARU ini tular sebuah video di laman sosial memaparkan orang ramai berkumpul dan bermain air banjir.

Tinjauan SinarPlus mendapati video tersebut sebenarnya dimuat naik oleh pengguna Intagram @adamafxq dan dikongsi semula oleh pemilik Twitter @staznee dengan kapsyen "kawasan banjir paling 'style' buat setakat ni dah macam 'theme park'".

Difahamkan lokasi kejadian itu di Kampung Parit Jayus, Sri Medan, Johor.

Video pendek berdurasi 8 saat itu jelas menunjukkan beberapa ibu bapa dan anak-anak sedang asyik bermain siap menggunakan pelampung.

Rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi.

zéra - Melampau woi yang bawak unicorn tu sekali.

Cik Pah - Mandi-mandi ular lalu sebelah. Mandi-mandi lintah lekat kat paha. I kennot imagine.

tipah tertipu - Siap ada pelampung unicorn tu, jangan ada pacat je sudah lah.

AJIQ ALIAS SON~ - Dia tak takut ke kalau kena kencing tikus ke apa ke...

Irdina - Haha ni santai teruk ni...

Baca juga Jumpa sebungkus plastik penuh dengan wang ribuan ringgit selepas isi minyak, tindakan pemuda ini mengejutkan…

Sementara itu, menurut pegawai perubatan, Dr Khairul Hafidz, air banjir mempunyai banyak benda yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati jika terpaksa meredah air banjir. Antaranya;

1. Mereka yang ingin mahu masuk ke dalam kawasan banjir, terlebih dulu memastikan kasut boot getah dipakai sempurna termasuk sarung tangan getah dan goggles.

- Mengelakkan diri daripada luka, masalah cirit-birit, gigitan haiwan, bahan-bahan kimia dan bahaya renjatan elektrik.

2. Jika sudah terdedah dengan air banjir, sila mandi semula dengan air bersih dan menggunakan sabun.

- Ia adalah kerana pendedahan terhadap air banjir yang tercemar juga akan menyebabkan ruam pada kulit, jangkitan pada usus, tetanus dan penyakit kencing tikus.

3. Jangan lupa basuh pakaian yang terdedah dengan air bah tadi dengan sabun basuh sebelum digunakan semula.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca