Bapa tikam anak kini insaf, bertindak ikut hati mati, ikut rasa binasa

Bapa tikam anak kini insaf, bertindak ikut hati mati, ikut rasa binasa
Bapa tikam anak kini insaf, bertindak ikut hati mati, ikut rasa binasa
A
A
A

TERDAHULU SinarPlus pernah menyiarkan satu artikel berkenaan kes-kes pembunuhan melibatkan ahli keluarga sendiri di Malaysia yang mana kesemuanya berunsurkan tikaman sehingga mangsa mati ditempat kejadian.

Artikel berkaitam : 4 ‘kes tikam’ yang dilaporkan berlaku di Malaysia melibatkan ahli keluarga sendiri

Antara kes yang kes terakhir yang dilaporkan media adalah kes yang mana seorang bapa tergamak menikam bayi perempuannya yang berusia 18 bulan di sebuah flat di Puchong Permai, Selangor.

Kejadian tidak diduga itu berlaku sekitar jam 4 petang ketika suspek berusia 27 tahun bersama anaknya berada di rumah.

Akibatnya, dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Muhammad Safwan Shafie, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Sebaik ditunjukkan gambar mangsa dan lokasi kejadian oleh polis mahkamah untuk tujuan pengecaman, tertuduh menangis teresak-esak dan mengakui gambar berkenaan.

Tertuduh juga merayu supaya mahkamah meringankan hukuman keatas dirinya kerana mendakwa sudah insaf dan menyesali perbuatan.

Namun, permohonannya dibantah sekerasnya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shanur Farahin Shapri dan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat.

Itulah yang berlaku jika seseorang itu bertindak mengikut nafsu hati semata-mata.

Bertindak ikut hati mati, bertindak ikut rasa binasa. Bertindaklah mengikut akal fikiran yang waras dalam membuat keputusan atau melakukan apa sahaja perkara.

Akal memainkan peranan penting dalam membina kekuatan diri. Islam menggalakkan penggunaan akal, namun bukan akal secara mutlak dan bersendirian sebaliknya akal yang dipandu dengan panduan agama dan syariat.

Mereka yang kuat akalnya adalah orang yang dekat dengan Maha Pencipta. Orang yang kuat akal akan menjadi orang yang mampu mengawal emosinya dengan bijak.

Maka, itulah pentingnya setiap manusia mempunyai pegangan ilmu agama dan juga ilmu alam supaya hidup kita sentiasa tidak tersasar pada landasan yang mampu memesongkan akidah.

Selaku seorang bapa, sepatutnya menjadi pelindung buat anak-anak dan keluarga tapi malangnya, sebaliknya pula berlaku.

Jadikan kisah ini sebagai pengajaran buat kita agar perkara seumpama ini tidak lagi berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca