“KAMI tiada kad pengenalan diri. Kami hanyalah pelarian yang menumpang di sini. Hidup kami tentu sahaja lebih sukar kerana tiada tempat dan tidak tahu arah tujuan untuk meminta bantuan.”

Begitulah perkongsian seorang penduduk di Sabah, Mezah Basir memulakan bicara tentang kehidupannya dalam menempuh pandemik Covid-19.

Seperti yang kita semua maklum, impak pandemik sangat besar.

Penduduk daripada golongan paling sukar yang terkesan akibat wabak adalah komuniti pelarian atau ‘stateless’ di Sabah yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta pengiktirafan kerakyatan mana-mana negara dan Mezah adalah salah seorang daripada mereka.

Menurut Mezah, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) Mac lalu, hidup mereka bertambah-tambah sukar.

“Anak saya yang masih bayi hanya minum air yang dicampur sedikit gula atau susu pekat manis agar kelihatan seperti susu walaupun hanya sekadarnya sahaja.

“Bukan saya tidak mahu memberi susu badan, namun saya sendiri sering mengikat perut. Tiada apa dapat diberikan untuk mengenyangkan anak-anak.

“Sedih dan sayu melihat anak-anak menangis kelaparan tetapi apa pilihan yang kami ada,” katanya.

Perit jerih mereka melalui saat-saat genting sebegini akhirnya mengurangkan sedikit beban yang
ditanggung apabila Malaysian Relief Agency (MRA) dan beberapa agensi tampil menyantuni golongan tersebut.

Pegawai Kanan, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Fathi Ridhwan Saidin,
berkata sejak Mac lalu, bantuan Covid-19 disalurkan di Sabah meliputi pelbagai golongan sasaran.

“Kami bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan rakan NGO tempatan serta pihak berkuasa tempatan Sabah dalam mengenalpasti penerima manfaat yang benar-benar layak mendapat bantuan.

“Kami di MRA sentiasa berpegang teguh kepada misi pertubuhan dan etika dalam dunia kesukarelawanan di mana bantuan yang dihulur hendaklah berbentuk menyeluruh tanpa mengira apa jua bentuk perbezaan yang ada,” katanya.

Menurut seorang penerima bantuan, Dahlia Abdullah, dia berterima kasih kerana ada yang sudi
memberi bantuan.

“Terima kasih kerana membantu kami sekeluarga. Terima kasih kerana sudi hadir ke sini walaupun
kami tinggal jauh di seberang sungai.

“Kami sangat menghargai bantuan dan sumbangan yang diberikan. Dengan adanya bantuan ini dapatlah mengurangkan tekanan yang kami hadapi untuk menyediakan makanan buat anak-anak yang masih kecil.

“Semoga Allah melipatgandakan pahala kepada semua yang membantu kami,” doanya.

"Bayi hanya minum air dicampur sedikit gula atau susu pekat manis" - Wanita kongsi terjejas Covid-19

Iklan

Berkat kerjasama Islamic Relief Malaysia, MRA dan MASwings, sebanyak 150 pek makanan dan kit
kebersihan telah berjaya diedarkan di kawasan sekitar daerah Sandakan termasuk perkampungan atas air bagi menyantuni penerima manfaat tempatan dan komuniti Bajau Laut.

Selain itu, bantuan turut disalurkan kepada 150 keluarga di daerah Tawau hasil sumbangan dana
kempen Rayuan Kecemasan Covid-19 anjuran Islamic Relief Malaysia.

Iklan

"Bayi hanya minum air dicampur sedikit gula atau susu pekat manis" - Wanita kongsi terjejas Covid-19

Baca juga “Semoga jadi contoh yang baik kepada rakan-rakan” – Menteri Agama beri saguhati kepada remaja