Bayi meninggal didakwa terjerut buaian, bapa minta siasatan semula, kesan lebam pada leher meragukan

A
A
A

#JUSTICEFORBABYSYIFAA trending di laman sosial sejak akhir-akhir ini. Ia tular selepas warga maya turut serta menuntut keadilan kematian seorang bayi.

Mungkin ramai yang masih mengingati kes melibatkan si kecil, Nour Rania Asyifaa Yuseri , 15 bulan, yang meninggal dunia di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Sendayan, Negeri Sembilan.

Difahamkan dalam kejadian, pengasuh mendakwa kematian bayi itu akibat tersangkut pada kain buaian dalam keadaan tergantung.

Dalam perkembangan terkini, bapa mangsa, Yuseri Yusoff dalam hantaran di laman sosial Facebook menyatakan kesan kecederaan pada leher anaknya bukan terjerut kain buaian sebaliknya dijerut.

“Kesan lebam pada leher Baby Syifaa adalah kesan tali wayar atau kabel. Selain itu, tiada kesan “jaring” pada leher Baby Syifaa,” titipnya.

Yuseri juga difahamkan telah mendapatkan pandangan pakar forensik luar negara yang mana. Menurutnya, bahawa kesan lebam di leher si kecil itu bukannya akibat jerutan kain tetapi kesan yang berpunca jerutan tali, wayar atau kabel.

Susulan penemuan yang meragukan, bapa itu meminta pihak berkuasa untuk menyiasat semula kes kematian anaknya.

Baca juga: Pengasuh Adam Rayqal dihukum penjara enam tahun, berikut kronologi kes

Kredit foto: Bernama

“Hari ini adalah hari ke 32 hari pemergian Baby Syifaa.

"Memandangkan pengasuh belum dibawa untuk dibacakan pertuduhan di mahkamah malah pengasuh langsung tidak ditahan reman sejak hari pertama kejadian saya mohon supaya kes kematian Baby Syifaa disiasat semula dan diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, bapa mangsa turut menyatakan akan membuat permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dengan menghantar surat supaya kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Saya bersandarkan hujah-hujah dan pandangan pakar forensik serta gambar kesan pada leher Baby Syifaa,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, difahamkan bahawa siasatan kes kematian bayi itu telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Fail kes tersebut bagaimanapun telah dipulangkan dan ia perlu disiasat semula klasifikasi mengikut Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Baca juga: Tarik rambut kanak-kanak, campak 'parcel' atas bayi, rakaman aksi pengasuh undang amarah warganet

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca