TIADA siapa yang minta untuk dijangkiti Covid-19.

Namun ketika negara dilanda panik serta keresahan gelombang ketiga ini, kisah bekas pesakit Covid-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua yang virus itu menyerang tidak kira usia.

Seorang pengguna Facebook dikenali Apit, tidak pernah menyangka dirinya dijangkiti Covid-19.

Katanya, setelah disahkan positif, dia terpaksa tinggalkan isteri yang belum tahu status kesihatannya dan empat hari menjalani kuarantin sendiri di rumah.

Menurutnya, kisahnya bermula apabila pada 6 Januari lalu, seorang rakannya datang ke rumah mengambil barang namun dia tiada simptom.

Pada keesokan harinya, rakannya itu menghubunginya melalui telefon menyatakan pekerja di kilang tempat dia bekerja ramai yang positif Covid-19. Dia terus buat swab test.

Pada 8 Januari, keputusan swab test rakannya menyatakan positif lalu Apit terus bergegas melakukan swab test pada hari yang sama.

Malangnya Apit mendapat simptom sakit tekak, batuk dan panas badan pada keesokan harinya. Demamnya lain macam. Panas bleh cecah 39-40 darjah. Tapi simptom orang lain lain.

Pada 10 Januari pada, Apit menghubungi klinik semula dan Klinik Kesihatan mengatakan keputusannya positif Covid-19.

Maka bermulalah detik hitam dalam hidupnya.

“Mereka minta aku untuk tunggu panggilan dari KKM untuk tindakan lanjut. Sementara menunggu, pihak KKM suruh aku kuarantin kat rumah dengan isteri aku.

Dalam tempoh kuarantin aku hanya perlu mengambil ubat deman, batuk dan sakit tekak.

“Dalam tempoh kuarantin kat rumah tu, aku banyak kali cuba call KKM dan PKD nak tau prosedur dan status. Tapi memang tak berjawabla. Tak salahkah diorang gak sebab kes makin banyak. Dah tentu sibuk.

“Jadi, hari keempat kuarantin di rumah, baru dapat penggilan dari PKD Klang suruh aku siap sedia untuk dikuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“Allahu, tak sangka kena pegi jugak ke sana. Bayangkan nak kena tinggalkan isteri yang kita tak tau status Covid-19 dia macam mana. Allah saja yang tahu. PKD Klang cakap dalam pukul 3 petang ambulan datang amik. Diorang hanya cakap nak amik je tanpa bagitau nak kena bawak apa.

“Pukul 3.45 petang macam tu ambulan sampai. Rupanya dalam tu ada empat orang pesakit lain jugak. So, kitorang dibawa ke Pusat Kesihatan Bandar Botanik, Klang. Kat sini la aku rasa macam penat gila. Kami semua tunggu proses sebelum dihantar ke MAEPS. Ada pesakit yang dihantar ke Sungai Buloh. Kitorang ada kat situ dari pukul 4.30 sampai pukul 9.30 malam baru bas gerak ke MAEPS. Dengan penat dan lapar lagi. Rasanya malam tu Klang antara paling ramai sebab ada tiga buah bas. Macam pergi rombongan Cik Kiah.

“Sampai di MAEPS, aku rasa macam kat kawasan ‘warzone’. Dengan askar semua bagai. Dengan frontliner full set PPE. Macam kat dunia lain. Kitorang diasingkan. Pesakit wanita di Dewan B dan pesakit lelaki di Dewan C. Untuk warga asing ada dewan lain. So, lebih kurang pukul 10.50 malam camtu kitorang daftar masuk,” tulisnya.

Apit turut menceritakan suasana di pusat kuarantin MAEPS.

Iklan

“Setelah daftar, tiba-tiba datang pesakit yang dah lama kuarantin jadi volunteer bantu frontliner tunjukkan katil untuk pesakit baru. Dari situ aku dah agak macam mana kuat semangat brotherhood tu. So, aku dapat katil F45. Tingkat atas la. Katil double decker.

“Bawah aku pak cik yang satu bas dengan aku gak. Rupanya pak cik itu baru kehilangan isteri akibat Covid-19 ni. Sayu cerita dia. Waktu sama-sama kena kuarantin, isterinya dikebumikan. Tak dapat nak lihat jenazah isteri dia. Nampak pak cik ni kuat dan tabah, tapi dalam hati kita tak tau. Sejak dari hari itu, aku jadi lebih positif. Dia selalu senyum, gembirakan orang lain, tolong orang dalam pusat kuarantin ni. Walhal baru saja kehilangan isteri tercinta. Semoga pak cik Jamalulail sentiada dirahmati Allah dan diberi kesihatan yang baik.

“Dalam Hall C ini boleh muat dalam 1200 pesakit dalam satu masa. Ada lebih kurang enam toilet. Dalam satu toilet ada lagi tiga hingga lima bilik mandi.

“So, bertapalah aku dalam tu selama empat hari. Sebab apa empat hari, bukan 10 hari? Sebabnya dia akan kira dari hari kita buat swab test. Aku dah kat rumah enam hari campur empat hari kat MAEPS ni jadilah 10 hari.

“Makan kat sini tiga kali sehari. Kalau lapar tengah malam pandai-pandailah cari makan sendiri. Kalau duduk sini kena rajin berjalan dan berkawan. Bila bersembang, boleh tukar-tukar pengalaman dan kisah hidup.

“Kat sini takda sikap kau kau, aku aku. Semua saling tolong-menolong. Waktu makan, pesakit akan bantu frontliner agihkan makanan. Caj telefon kongsi-kongsi. Tolong bersihkan kawasan tempat tidur walaupun bukan tempat tidur sendiri. Berkongsi makanan dan minuman. Frontliners pun layan baik. Sangat membantu.

“Satu suasana baru. Bila ada pesakit baru masuk pintu akan terbuka dan semua akan sorak. Itu memang rutin kat situ. Paling best dapat solat Jumaat sama-sama dalam tempat kuarantin tu. Solat jemaah serta baca Yasin dan lain-lain. Macam-macamla aktviti. Kat dalam ni memang nak kita rehat je. Siapa minta ubat kena extend lagi dua atau tiga hari.

“Siapa yang discharge nurse akan pasang lagu yang menggembirakan macam lagu Didi&Friends atau Balik Kampung. Siapa yang kena kuarantin lagi nurse akan pasang lagu tak dapat balik raya. Haha. Layan,” ujarnya.

Kata Apit, ini senarai keperluan yang korang kena bawa bila kuarantin sini;

  1. Pakaian (jangan banyak sebab korang boleh pakai baju hospital orang bersalin tu) tak nak pakai pun tak apa.
  2. Kelengkapan diri (toiletteries) dan tuala.
  3. Bantal extra sebab bantal dia tak selesa sangat.
  4. Selimut (Baju sejuk) Penting wey. Sejuk dia bukan buat main. Tambah-tambah lagi duk katil atas. Jangan lupa stokin gak.
  5. Makanan dan minuman (Maggi, gula-gula dan minuman 3 in 1). Malam lapar. Jangan mimpi nak order food panda ke grab ke.
  6. Ubat-ubatan (panadol, ubat demam, batuk, sakit tekak, cirit birit, minyak angin).
  7. Vitamin C (Kalau bleh yang 1000mg tu)

Menurut Apit, di MAEPS ada pesakit dari tiga negeri iaitu KL, Selangor dan Melaka.

“Satu pengalaman yang sangat berharga untuk aku kenang. Banyak perkara yang akan aku rindu bila kat sini. Kita ambil yang positif,” ujarnya.

Baca juga “Orang meninggal depan mata, mayat terus masuk dalam guni berzip warna hijau” – Pesakit Covid-19

Iklan

Ini sedikit info yang Apit dapat daripada doktor sepanjang di pusat kuarantin;

1. Sekiranya pesakit positif Covid-19 dah selesai menjalankan kuarantin selama 10 hari, maka dia tidak akan menjangkiti orang lain apabila dia dah discharge. Sebabnya virus tersebut sudah tidak aktif dan terperangkap dalam badan si pesakit untuk tempoh beberapa bulan. Bergantung.

2. Tetapi, pesakit masih boleh dijangkiti oleh orang lain juga yang masih aktif positif Covid-19.

3. Jadi, ikutlah SOP, kita jaga kita. Covid-19 batch ni lain macam sikit sebab ada yang tak menunjukkan simptom tapi positif.

4. Amalkan cara hidup sihat, makan makanan yang seimbang. Banyak makan buah dan sayur-sayuran.

5. Sentiasa amik Vitamin C. Habbatus Sauda pun elok.

6. Lakukan swab test. Kalau swasta mahal buatlah kat kerajaan hanya percuma.

“Alhamdulillah hari ini 18 Januari aku dah discharge. Pengalaman buat aku. Stay safe korang. Terima kasih Allah SWT untuk peluang nikmat sihat,” kongsinya.

Semoga kisah bekas pesakit Covid-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua yang virus itu menyerang tidak kira usia.