Belilah kuih pakcik ni...gigih niaga walaupun tak sempurna

A
A
A

GIGIH berniaga walaupun kelainan upaya (OKU). Kesungguhan seorang uncle yang berjualan pelbagai jenis biskut raya dan roti di hadapan sebuah bank di Puchong Boulevard, Selangor menjadi perhatian warganet.

Perkongsian seorang warganet, Vyven Goh dalam akaun Facebooknya ternyata tular dalam media sosial apabila tersentuh dengan usaha warga emas itu mencari sumber rezeki lebih-lebih lagi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan.

If you happen to see this uncle at Hong Leong Bank at Puchong Boulevard area, do support him during this trouble times.

He is an OKU after got into an accident 5 years ago and still unemployed. Despite his disability, he tries to be useful to sell pastries and cookies in front of Hong Leong bank from morning 10am till 7pm everyday.

Do share this post to your other FB groups in Puchong.

Hilang pekerjaan selepas diduga dengan musibah kemalangan pada tahun 2015 namun uncle ini bangkit dengan skil baharu.

Artikel berkaitan: Cecair hitam keluar dari hidung anak kecil, rupanya ada ‘benda’… Ibu trauma beri pesanan

Pandai memasak roti dan pastri kini menjadi kelebihannya. Melalui satu plakad yang ditampal di depan meja jualannya, uncle ini pandai membuat butter cookies.

It's wonderful. All of us are born able to walk normally. I can't now and also lost my job due to my work-accident in 2015. I now make butter cookies. Please buy.

Perkongsian gambar yang tular dalam media sosial juga menunjukkan hanya RM6 sahaja kadar harga kotak biskut yang dijual selain RM20 untuk biskut almond london.

uncle OKU

Selain itu, bekas lain berisi pelbagai jenis kuih yang disahkan halal diambil daripada pembekal sebagai jualan tambahan.

Jadi, sesiapa yang ingin mendapatkan kuih dan roti uncle ini dengan tujuan untuk membantu dan tanda sokongan terhadap perniagaannya, bolehlah datang ke kawasan yang menjadi viral itu.

#janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca