AL-FATIHAH. Berehatlah wahai sang wira yang berhati mulia membantu insan lain ketika dalam kesusahan.

Beberapa hari lalu, tular dua keping foto lelaki yang dikatakan maut ketika berhempas-pulas membantu mangsa banjir lain.

Rupanya beliau adalah Mohammad Hakimin Rahim, 20, difahamkan pitam sebelum terjatuh dari perahu yang turut membawa dua penumpang bersamanya.

Portal tempatan melaporkan, kejadian itu berlaku di di Kampung Manjor, Kuala Krai, Kelantan pada malam kelmarin (6 Jan).

Dek kepenatan membantu mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) menyebabkan Hakimin ditemukan lemas pada pagi semalam.

Jasad Hakimin dijumpai oleh ahli keluarganya di dasar sungai di tempatnya dilaporkan terjatuh dari perahu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwab Ar-Rafee Parsimin mengatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.07 malam (6 Jan).

Seramai lima anggota ditugaskan ke tempat kejadian bagi menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) namun terpaksa diberhentikan pada jam 12.31 tengah malam itu berikutan keadaan gelap selain hujan serta air mula melimpah di kawasan rendah.

Iklan

Baca juga 8 sekawan tawar khidmat hantar pesanan dalam banjir secara sukarela

Iklan

Operasi mereka yang sepatutnya bersambung pagi semalam namun telah dimaklumkan mayat mangsa sudah dijumpai oleh ahli keluarga.

Doa warganet untuk Allahyarham Mohammad Hakimin;

Syah Azmar – Kematian yg dicemburui . Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Mazzian Kamal – Pengakhiran yang baik. Sambil berbakti pada sesama insan Allah ambil nyawa.

Shikin Harun – Inna lillahi wainna illaihi rojiun. Al-fatihah kepada Mohammad Hakimin Rahim. Semoga arwah ditempatkan di antara orang-orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga arwah. Saya sangat cemburu dengan keluarga mempunyai anak yang sangat baik. Allah lebih sayangkan dia.

Nur Feeza – Allahuakbar, semoga roh adik ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kau ampunkanlah semua dosa dosa adik ini dan kau berkatilah kedua ibu bapanya.

Rohyati Aziz – Seorang lagi insan yang berhati murni, mengorbankan dirinya demi membantu orang lain. Semoga Allah menempatkannya di Syurga.

Aishah Ali – Moga Allah mengurniakan Syurga buatmu dik. Katanya kena kekejangan kerana sejuk. Mohon penyelamat lain pakai pakaian yang sesuai. Moga kematian allahyarham menjadi iktibar. Sedihnya!

Minah Ali – Ya Allah… rezeki Hakimin… meninggal semasa melakukan kebajikan. Semoga Allah tempatkan Hakimin dalam kalangan syuhada, solihin dan sodikin. Tahniah kepada kedua ibu bapanya kerana memiliki anak yang sangat baik dan takziah atas pemergiannya.

Sifatnya yang mulia boleh dicontohi buat kita semua.