TULAR satu rakaman yang dimuat naik di aplikasi TikTok memaparkan sosok tubuh seorang wanita berlari di tanah perkuburan untuk menatap wajah ibu buat kali yang terakhir.

Video berdurasi 1 minit 46 saat itu, memperlihatkan tangan wanita berkenaan terketar-ketar disaat melihat wajah ibunya bersama ‘pakaian terakhir’.

@malaysianupdatenews Perginya seorang ibu di hari kepulangan anaknya.. 😭 Pemergian di bulan suci Ramadan.. Semoga arwah ibumu ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Kepada anak-anak yang diperantauan, pulanglah ke kampung halaman.. Usahlah ditangguhkan, nanti menyesal sepanjang zaman..😢Al-Fatihah.. Inna lillahi wainna ilaihi roji’un🎥 aman_binsu #malaysianupdate #viralvideo ♬ Selalu Tersimpan – Valdy Nyonk

Menurut sumber, hari kejadian merupakan hari yang ditunggu-tunggu olehnya untuk pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga.

Namun, kepulangannya bertukar menjadi hiba apabila ibu tersayang meninggal dunia.

Warganet turut sebak dengan paparan video berkenaan dan ramai yang turut mengaku sebak sehingga mengalirkan air mata.

Lebih mengundang hiba apabila memikirkan Syawal yang bakal menjelang tiba ini tanpa insan yang bergelar ibu.

Bagaimanapun, tinjauan SinarPlus mendapati video yang dimuat naik telah dipadamkan namun, warga maya sempat memuat turun video berkenaan sebelum dikongsikan semula di pelbagai platform media sosial.

Baca juga: Penulis Lirik Lelaki Teragung, Rudy Imran Meninggal Dunia

Menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, apabila roh telah terpisah daripada jasad, maka segala amalannya di dunia akan terputus melainkan tiga perkara yang sebut di dalam sebuah hadis sahih daripada Imam Muslim. Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Yang bermaksud:

“Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibu bapanya.” Hadis Riwayat Muslim (1631)

Maka, bagi mereka yang kehilangan ibu bapa amat digalakkan melakukan tiga amalan ini agar pahala sentiasa mengiringi kedua ibu bapa.

Berikut doa-doa yang boleh diamalkan sebagaimana firman ALLAH di dalam al-Quran:

1. Surah Ibrahim ayat ke-41

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Yang bermaksud:

Iklan

“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya penghitungan amal serta pembalasan.”

2. Surah Nuh ayat ke-28

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ

Yang bermaksud:

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku.”
Walaubagaimanapun, ALLAH SWT menerima segala bentuk doa selagi kandungan doa tidak bercanggah dengan agama dan hanya membawa makna yang baik.

Iklan

Berdoa juga tidak semestinya hanya dilafazkan di dalam bahasa Arab sahaja tetapi adalah lebih baik jika sesebuah doa itu mudah untuk difahami.

Baca juga: “Kami Reda..” – Ibu Achey Meninggal Dunia

Kredit video: Malaysian Update

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI