BERSERINYA ibu hamil ini, wanita kelahiran Sweden ini sering kali menjadi perhatian rakyat setiap kali muncul menemani suami, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.

Tampil manis berbaju kurung menghadiri acara bersama masyarakat, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra memenangi hati ramai.

Baca juga: [15 FOTO] Kemunculan Sultanah Nur Diana Petra sekali lagi jadi tumpuan, diiringi Che Puan Sofie

 

Baru-baru ini Che Puan Sofie mengumumkan berita gembira baginda bakal menimang cahaya mata sulung pada Julai 2023.

Melalui akaun yang dikenali sebagai Ijo_ baginda berkongsi sekeping gambar di samping suami dan bertitah:

“Mac 2023, saya dan suami dengan gembira ingin mengumumkan kami bakal menerima cahaya mata pertama. Kelahiran tersebut dijangka pada Julai 2023.”

Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Che Puan Sofie melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2019 selepas bertunang pada 14 Februari 2018.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah antara yang menyatakan sukacita menerima perkhabaran itu.

– “Alhamdulillah. I am so happy for you both.”

Warganet tidak ketinggalan teruja, mengucapkan tahniah dan menitip doa agar kehamilan baginda berjalan lancar.

– “Alhamdullilah congratulations Your Highness. May you have safe delivery.”

– “Alhamdulillah heartiest congrats to Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.”

– “Alhamdulillah. Tahniah untuk Tengku Mahkota dan Che Puan Sofie. Moga ALLAH permudahkan segala urusan. Aamiin.”

– “Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH. Semoga Tuanku berdua berada dibawah rahmat ALLAH.”

Baca juga: [12 FOTO] Penampilan pertama Sultanah Nur Diana Petra Abdullah raih perhatian warganet

 

6 INFO CHE PUAN SOFIE LOUISE JOHANSSON PETRA

Iklan

1-Che Puan Sofie dilahirkan pada 6 Jun 1986 di Rystad, Linköping, Östergötland, Sweden.

2-Mempunyai kelulusan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi.

3-Baginda kemudiam melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Kelantan dalam jurusan Bahasa Melayu dan Pengajian Islam.

4-Che Puan Sofie juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Kelantan.

Iklan

5-Che Puan Sofie dikurniakan pangkat kemuliaan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan oleh kekanda iparnya, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada 2 Ogos 2022.

6-Pada November 2022, baginda menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) membawa kepada gelaran Datuk.

Baca juga: [7 FOTO] Manis bertudung litup, Sultanah Nur Diana Petra anggun rai hari keputeraan suami, terima darjah kebesaran

Sumber: Instagram ljo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.