Bertuahnya! Wanita kongsi Mufti Menk datang rumah buat ramai terpegun

SIAPA sahaja yang tidak mengenali Mufti Menk! Seroang cendekiawan Islam global terkemuka yang aktif berdakwah mengelilingi dunia.

Bahkan pada 2010, beliau dinobatkan sebagai salah seorang daripada 500 Muslim Paling Berpengaruh serta dianugerahkan gelaran Doktor Terhormat daripada Universiti Aldersgate.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi perasaan terharu apabila menerima kunjungan pendakwah terkenal Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail Menk yang menziarahi keluarganya di rumah, semalam.

Menerusi perkongsian satu klip video di media sosialnya, Att Yusof, memaparkan kehadiran ulama besar yang berasal dari Zimbabwe itu bagi menunaikan permintaan ibunya.

Baca juga Bercakap ketika azan, lidah akan kelu semasa meninggal dunia? Ini penjelasan mufti

“Mufti Menk merestui kami dengan kehadiran beliau semalam. Saya tahu mama saya mahu berjumpa dengannya sekali lagi, jadi pertemuan ini mengambil masa satu bulan untuk dirancang.

“Apabila saya tahu dia datang ke Malaysia, saya menghantar mesej kepadanya untuk menjemput datang ke rumah. Bersyukur kerana dapat memenuhi hajat ibu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan video berdurasi lebih lima minit itu, Mufti Menk dilihat datang berseorangan dan sempat memberikan tazkirah pendek sambil beramah mesra bersama keluarga tersebut.

Perkara itu membuatkan ramai terpegun dan bertanya bagaimana wanita berkenaan dapat menjemput Mufti Menk ke rumahnya.

Baca juga Mufti Menk ‘muncul’ dalam siri animasi Omar & Hana, raih 1.3 juta tontonan 

Kredit foto: FB Mufti Menk

Dalam video tersebut, wanita itu juga menceritakan yang dia sekeluarga pernah terserempak bersama pendakwah terbabit di sebuah pusat beli-belah di sini pada tahun 2019.

“Kami terserempak dengan Mufti Menk di One Utama dan mak saya tegur dia. Beliau kemudian memberikan nombor telefonnya untuk mengikuti perkembangan kesihatan ibu saya,” jelasnya.

Pelbagai persoalan dan reaksi warga maya, antaranya;

Iklan

“Apalah amalan mak akak smpai boleh jumpa orang hebat macam mufti, rezeki sangat ni.”

“Tengok cara layan budak-budak pon kita dah tau peribadi seseorang. Mufti Menk is sooo humble person.”

“Alhamdulillah you guys were chosen to meet him.”

Iklan

“Thanks so much for sharing.. soooo happy to see this. Alhamdullillah!”

“Sangat-sangat bertuah rezeki yang baik. Hadir tetamu yang mulia dan berilmu, syukur & tahniah dik!”

Baca juga Isteri tuntut sesuatu di luar kemampuan suami, ini penjelasan Mufti Wilayah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!