“NAK tengok tu, tengoklah sebab masing-masing dah dewasa tapi jangan pula kalian promosikan.”

Begitu ungkapan diluahkan Pencetus Ummah (PU) Rahmat mengenai sebuah drama siri Korea yang hangat diperkatakan di media sosial yang ditayangkan di Netflix bertajuk Squid Game.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebooknya, PU Rahmat memohon agar netizen beragama Islam dan selebriti berhenti mempromosikan siri popular itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Mana-mana Islamis khususnya Asatizah dan influencer islamik yang menonton mana-mana siri Netflix macam Squid Game dan Money Heist tak perlu sampai nak buat bedah siri,” coretnya.

Menurutnya, dia memahami siri tersebut mempunyai jalan cerita menarik namun ia memberi pengaruh yang tidak baik.

“Saya paham jalan cerita best dan plot twist serta penuh pengajaran tapi siri itu juga menonjolkan adegan seks separuh bogel dan hal-hal haram lain.

“Bukan apa, ni dah jadi hujah bila ada budak-budak bawah umur minta mak ayah benarkan mereka tonton Siri Netflix sebab Mak ayah mereka buat child lock,” katanya.

Squid Game

Iklan

Katanya lagi, dia bimbang jika ada budak-budak dibawah umur yang terpengaruh dan ingin menonton siri Korea tersebut.

“Paham kan maksud saya? Jangan pula kalian mempromosi secara tak langsung sebab follower kalian bukan semuanya orang dewasa,” ujarnya.

Menjengah ruanan komen, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

Iklan

Ujar mereka;

“Setuju. Sebab tu kurang senang jugak bila orang share cerita tu sebab menggalakkan budak remaja tengok. Malu la uihh.

“Cerita tu full of violence. Tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak atau remaja.”

Baca juga Kejayaan Maryam Muzamir dapat pengiktirafan MOSTI, bukan scam

“Akhirnya ada yang bersuara… sedih melihat asatizah, pendakwah pun terjebak sekali ntah la.”

” Tujuan asal mungkin untuk daya tarikan tapi tak kena… Iblis lagi hebat tipu helah nya.”

“Baik korang marathon Ertugrul… lagi best, satu family boleh layan. Nilai baik sangat banyak.”