BARU-BARU ini nama Maryam Muzamir disebut oleh pengacara televisyen James Corden dalam rancangan The Late Late Show with James Corden susulan kejayaannya meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada, bulan lalu.

Maryam dilaporkan mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan cangkerang siput sedut yang dinamakan Yam 2.0.

Susulan itu, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang itu turut menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kejayaannya mengharumkan nama negara.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kejayaan Maryam Muzamir dapat pengiktirafan MOSTI, bukan scam

Pun begitu, susulan kejayaan yang membanggakan itu, tular pula di Twitter baru-baru ini mengenai seorang individu yang menyatakan anugerah yang disertai Maryam adalah anugerah mencurigakan.

Malah, individu tersebut memberitahu dia tidak mengetahui anugerah itu walaupun dia tinggal di Toronto.
Dikatakan organisasi yang menjadi hos kepada anugerah itu iaitu Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS) yang mana agak mencurigakan.

Individu itu juga mendakwa berdasarkan alamat organisasi itu tiada satu pun bangunan yang berpotensi untuk didiami oleh satu organisasi ‘inovasi’ yang besar. Ia kerana kawasan itu adalah perumahan.

Justeru, seorang wanita tampil memberikan penjelasan di akaun Twitternya.

Menurutnya yang dikenali @Mon, Maryam sebelum ini telah menang CITREX 2020, CITREX 2021 anjuran UMP dan IRIE 2021 anjuran UITM.

Kejayaan Maryam Muzamir dapat pengiktirafan MOSTI, bukan scam

Dia juga memberitahu perkara berkenaan boleh disemak dengan penganjur jika mahukan pengesahan dan memerlukan yuran jika mahu masuk bertanding.

Katanya, dari tahun lepas Maryam sudah bermula buat secara online. Tahun ini edisi ke enam pun scara online. Orang ramai boleh buat semakan di website iCAN 2016-2020.

Selain itu, wanita tersebut turut berkongsi mesej di antara bapa Maryam, Muzamir bersama seorang pegawai yang bertanggungjawab mengenainya.

Tambahnya, Maryam turut mendapat penghargaan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sementara itu, menjengah ke Facebook MOSTI, menterinya, Datuk Sri Dr Adham Baba, semalam mengadakan sesi pertemuan maya bersama Bakat-Bakat Inovasi Muda yang telah mengharumkan nama negara termasuk Maryam.

Kejayaan Maryam Muzamir dapat pengiktirafan MOSTI, bukan scam

Kejayaan Maryam Muzamir dapat pengiktirafan MOSTI, bukan scam

Dr Adham berkata, MOSTI komited memberi sokongan dan menggalakkan inovasi dalam kalangan bakat muda tempatan, justeru MOSTI menyasarkan peruntukan RM100 juta pada tahun 2022 sebagai dana penyelidikan dan pembangunan atau Malaysia Grand Challenge (MGC) berkaitan bidang keutamaan sains, teknologi serta inovasi.

Iklan

Dalam pada itu, Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS) selaku penganjur berkata bahawa ciapan yang dibuat oleh lelaki tersebut adalah ‘maklumat yang mengelirukan’ dan dibuat tanpa ilmu yang jelas bagaimana TISIAS dan iCan dijalankan.

“Kami mencipta jenama kami sebagai permulaan dan strukturnya di mana TISIAS adalah organisasi swasta yang tidak ada kaitan dengan Kerajaan Kanada, tetapi kami membina reputasi kami melalui kerjasama dengan banyak persatuan, universiti, sekolah, pusat penyelidikan dan perusahaan di seluruh dunia,” katanya.

 

Iklan

Anugerah yang diperoleh Maryam ini amat membanggakan kita semua. iCAN 2021 ialah pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara.

Artikel berkaitan: 10 fakta ringkas kejayaan Maryam Muzamir, murid Tahun 5 menangi 3 pingat emas reka cipta antarabangsa

Pertandingan tersebut melibatkan 600 peserta dari 70 negara dan beliau merupakan pemenang yang termuda dalam pertandingan ini.

Terdahulu, pada tahun 2020 Maryam telah memenangi dua medal emas di Citrex (Creation, Innovation, Technology & Research Exposition). Tahun ini anak muda itu merangkul pingat emas di I-RIE (International Research Invention and Innovation Exhibition 2021).

Semoga kemenangan adik Maryam dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk menghasilkan inovasi.