Bukan sinetron, insiden tertukar bayi terbongkar selepas 20 tahun

Bukan sinetron, insiden tertukar bayi terbongkar selepas 20 tahun
Bukan sinetron, insiden tertukar bayi terbongkar selepas 20 tahun
A
A
A

CAHAYA mata adalah dambaan setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga.

Justeru, tiada siapa yang mahukan bayi yang dikandung hampir sembilan bulan menjadi milik orang

lain, apatah lagi jika tertukar.

Namun begitu, insiden sedemikian tidak dapat dielakkan kerana ia berlaku di seantero dunia.

Seperti baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes tertukar bayi yang didakwa berpunca daripada

kecuaian pihak hospital swasta di Shah Alam, Selangor.

Hati ibu mana yang tidak cemas apabila tertukar anak orang lain. Lebih memilukan si comel yang

dibawa pulang ke rumah, dibelai dan dimanja dalam tempoh beberapa jam itu rupa-rupanya bukan

anak kandung.

Syukurnya kejadian yang terjadi itu cepat disedari dan segera diselesaikan.

Namun lain kejadian pula dengan yang terjadi kepada dua keluarga di Kelantan ini.

Kejadian tragis menimpa mereka seperti sinetron, apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lalu, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Portal tempatan melaporkan, kejadian itu hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20,

'kembarnya' Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, pada September tahun

lalu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Lebih memeritkan, kata Adryani Iwani, kejadian itu mula terbongkar ketika dia berada di

tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan

pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah.

Menurutnya, dia kemudian meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu sebelum mereka berkongsi

akaun Instagram (IG) Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengannya.

Menurut Adryani, apabila memaklumkan perkara tersebut kepada kakaknya, dia mengiakan persamaan

ketara wajah mereka, namun ibunya berpandangan sebaliknya menyebabkan dirinya tidak ambil

peduli selepas itu dan menganggapnya seperti pelanduk dua serupa.

bayi

Bagaimanapun mereka akhirnya bertemu buat kali pertama secara bersemuka di Karnival Jom Masuk U

di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Mac 2019 menyebabkan masing-masing terpana apabila

melihat persamaan yang ketara dari segi wajah dan bentuk badan.

Kata Adryani, akibat terlalu terkejut masing-masing hanya berpandangan antara satu sama lain

dan berlalu tanpa menyapa, namun perkara itu disedari oleh rakan-rakan yang lain.

Katanya lagi, kejadian itu tidak berakhir di situ dan ia berlarutan hingga Ogos tahun lalu

apabila seorang rakannya memaklumkan tarikh lahirnya sama dengan Noratirah iaitu pada 19 Ogos

selepas dia memuat naik dalam media sosial gambar majlis sambutan hari lahirnya yang diadakan

di rumah.

Menurutnya, Noratirah kemudian menghubunginya melalui IG dan bertitik tolak daripada itu,

banyak perkara dibincangkan dan mendapati terlalu banyak persamaan untuk disifatkan sebagai

kebetulan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA.

Kata Adryani, selepas berbincang, kedua-dua keluarga sepakat melakukan ujian DNA di Hospital

Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mengenal pasti sama ada terdapat

pertalian antara mereka.

Pelajar Diploma Kejururawatan berkenaan menjelaskan, ujian DNA itu dilakukan menggunakan sampel

darah membabitkan dirinya, ibunya (Siti Aminah Ismail, 66), Adryana Iwani, Noratirah dan 'bapa'

Noratirah, Husin Omar.

Tutur Adryani lagi, apabila keputusan keluar, mereka amat terkejut terutama mama yang terduduk

dan menangis selepas mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99 peratus menunjukkan Adryani dan

Noratirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.

Dalam pada itu, Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar Adryani pula

ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia pada 2018) yang sebelum

itu membesarkan Noratirah.

Sementara itu, kakak Adryani Iwani, Ayu Haryani, 42, pula berkata, ibu mereka memaklumkan,

doktor yang bertugas tidak pernah memaklumkan sama ada kembar yang dilahirkan ketika itu adalah

kembar seiras atau sebaliknya.

"Tetapi disebabkan tag nama di kaki kedua-dua mereka nama mama, jadi keluarga kami tidak pernah

terfikir tentang perkara itu dan beranggapan mereka kembar tidak seiras," katanya.

bayi

Ayu Haryani berkata, berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14

pagi, diikuti Adryana Iwani (1.27 pagi) dan kemudiannya Adryani Iwani (1.34 pagi) sementara itu

tag nama di kaki kedua-dua mereka nama ibunya, jadi keluarga mereka tidak pernah terfikir dan

beranggapan mereka kembar tidak seiras.

Menurutnya, apabila diketahui keputusan ujian DNA, ibu mereka tidak dapat menerimanya dan pada

peringkat awal, perkara itu juga tidak didedahkan kepada sesiapa kerana risau ia memberi kesan

psikologi terutama kepada Adryana Iwani.

Katanya, walaupun keputusan ujian DNA sudah diketahui, Ayu Haryani berkata, keluarganya itu

tetap menganggap Adryana Iwani sebahagian daripada sembilan adik-beradiknya dan akan memintanya

untuk terus tinggal bersama memandangkan adik-beradik kandungnya yang lain semuanya sudah

berkahwin.

Baca juga Simpan cita-cita mahu menjadi pakar psikologi, Che Puan Sarimah ligat perjuangkan isu kesihatan mental

Tambahnya, mereka sekeluarga melantik peguam dan kini dalam proses mengambil tindakan undang-

undang terhadap pihak yang berkenaan.

Pada masa sama juga Noratirah yang sebelum ini tinggal bersama 'ayahnya' di Kampung Pulau

Kundur, Kota Bharu sudah berpindah dan tinggal bersama keluarga kandungnya di Kampung Langgar,

Kota Bharu sejak Januari lalu.

Apapun, mungkin ada hikmah di sebalik situasi yang berlaku. Semoga tautan silaturahim kedua-dua

keluarga terjalin selamanya.

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca