BUKU resipi dengan tulisan tangan arwah emak menjadi harta tak ternilai buat saya dan ia menjadi panduan untuk mengembangkan lagi produk Ratu Tumis.”

Demikian kata Datuk Seri Rozita Ramelan yang melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menempah jenama cukup gah dalam industri lokal dan antarabangsa.

Tokoh usahawan wanita itu berkata, hidup susah semasa kecil membuatkan dirinya belajar erti ketabahan, kesabaran dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu.

“Saya belajar masak masa umur sembilan tahun lagi dan selalu tolong emak di dapur. Emak saya kurang sihat sebab menghidap sakit jantung yang rare.

buku resipi Rozita

“Jadi, hospital menjadi rumah kedua kami dan kami kerap berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” ceritanya kepada SinarPlus.

Memandangkan beliau merupakan anak perempuan sulung manakala adik-beradik yang lain masih kecil, jadi tugas mengurus dan menjaga mereka di atas bahu wanita hebat itu.

buku resipi Rozita

“Saya masih ingat lagi, emak rajin tulis semula resipi dengan tulisan tangan dalam buku khas. Banyak sajian masakan yang diolah sendiri dengan cara lain daripada lain.

“Emak pernah pesan, itulah harta yang boleh emak wariskan kepada saya. Jadi alhamdulillah, resipi itu saya terjemahkan dalam produk Ratu Tumis yang laku keras di pasaran,” kata pemilik jenama Rasa Rosz itu penuh bangga.

buku resipi Rozita

Rangkaian produk Ratu Tumis terdiri daripada pes asam pedas, gulai, sup dan sambal itu turut menyediakan tiga jenis sambal sedia untuk dimakan iaitu sambal ikan bilis, sambal cendawan shitake dan sambal udang kering.

Istimewa tentang pes dengan tagline ‘Pembantu Rumah Anda’ tersebut, ramuan berkenaan boleh membantu menyajikan sebanyak 400 jenis masakan.

buku resipi Rozita

Bisnes pertama

Berkongsi kisah penuh inspirasi berkenaan, pengasas Ratu Tumis itu sebenarnya memulakan kerjaya sebagai perancang pelaburan di sebuah bank selepas tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia.

“Masa itu masih junior lagi dan kalau dihitung, gaji memang tak cukup sebab nak tanggung keluarga khususnya adik-adik yang masih belajar.

buku resipi Rozita

“Jadi, saya kuatkan semangat dan buat dua kerja. Selepas habis kerja, saya akan berniaga kepak ayam barbeku, BBQ Chicken Wing. Dalam tempoh tiga tahun, saya berjaya buka tiga outlet.

Baca juga Daripada seorang kerani, kini Datuk Nana terajui syarikat sendiri. ‘Gelaran isteri, ibu & usahawan ukuran kejayaan’

“Tidur pun hanya 2 jam saja dan memang penat. Jadi masa itu, saya ambil keputusan untuk jual jenama tersebut dan fokus untuk mendalamkan diri dengan ilmu bisnes.

buku resipi Rozita

“Saya percaya pengetahuan sangat penting dalam dunia perniagaan. Lagi-lagi industri dimonopoli kaum Adam, jadi saya perlu bijak dan matang untuk bisnes kekal utuh sepanjang zaman,” ungkapnya.

Bertitik tolak daripada itu, beliau kemudian mara lebih jauh dengan beberapa portfolio membanggakan iaitu pengasas platform produk mewah, Kabinet Prive, Pwetty dan Azimut Yatch.

buku resipi Rozita

Kenangan pahit

Di sebalik kejayaan yang digapai, penerima Anugerah The Best Cooking Ingredients di Asian Halal Brand 2019 itu akui, beliau sudah berdepan pelbagai kenangan pahit yang mengajar erti perjuangan sebenar.

buku resipi Rozita

Insiden ditipu rakan karib sendiri membuatkan ibu anak lima itu benar-benar terkilan kerana sudah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk menguruskan bisnes berkaitan produk fesyen di pasar raya terkemuka.

Bukan calang-calang kerugian yang ditanggung. Isu penipuan wang termasuk pemalsuan tanda tangan dan sebagainya menyebabkan wanita cekal itu menanggung kerugian lebih RM700,000.

buku resipi Rozita

Itu belum lagi berdepan dengan saman bernilai RM5 juta akibat melanggari perjanjian kontrak yang dimeterai. Pun demikian, semua proses tersebut mematangkan jati diri anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu.

Iklan

“Paling saya terkilan, kejadian itu berlaku ketika saya sibuk menguruskan bisnes di luar negara. Disebabkan peristiwa itu, saya susah nak percayakan orang.

 

“Namun pada masa sama, saya berdoa supaya ALLAH gantikan dengan yang lebih baik. Jadi, kita kena jadikan semua ini sebagai iktibar dan bangkit menjadi lebih kuat,” katanya.

Baca juga Dipandang hina kerana kerja cleaner, wanita ini buktikan berjaya habiskan pengajian di Universiti Al-Azhar

Suri hati kepada Datuk Mohamad Omar Mustapha Ong itu juga menitipkan kata-kata semangat kepada wanita di luar sana yang masih berjuang untuk kelangsungan hidup.

buku resipi Rozita

“Kita sebagai wanita perlu gigih dan bekerja keras untuk mencapai sesuatu. Percayalah kita sangat istimewa dan mampu mengharungi segala pancaroba.

“Jangan sesekali kata wanita boleh berdiri dengan sendiri kerana kita juga memerlukan sokongan daripada suami, anak-anak, kawan-kawan waima pekerja untuk terus maju ke hadapan.

buku resipi Rozita

“Percayalah, di sebalik kejayaan seseorang mesti ada sokongan kuat daripada belakang. Begitu juga saya yang menjadi suami tercinta sebagai mentor terbaik,” tuturnya.

Iklan

Baca juga Daripada tak reti nak buat, bekas kerani ini masuk kelas kemahiran dan terus jadi tauke kek. Ini rahsianya

Sebelum menutup perbualan, Rozita juga mempelawa orang ramai untuk datang beramai-ramai ke Restoran Rasa Rosz yang terletak di Eon BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk berbuka puasa.

buku resipi Rozita

“Kami menyajikan pelbagai menu masakan rumah untuk mereka yang mahu hidangan ringkas tetapi sedap untuk seisi keluarga. Pakej kami bermula RM38 saja.

“Jom Iftar bersama Rasa Rosz dengan kulinari istimewa. Setiap set juga tersedia dengan kurma, kuih-muih, pencuci mulut dan minuman signatur,” katanya.

buku resipi Rozita

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!