BAGI mereka yang sukakan pokok bunga, mesti suka membelek media sosial untuk mencuba cara semaian atau menanam tumbuhan tersebut.

Jika beli terus di tapak nursery memang tiada masalah, tetapi feel menanam dengan air tangan sendiri memang lain.

Rasa sayang tu lebih sikitlah kalau dibandingkan beli siap dekat kedai, kan?

Antara pokok hiasan yang menjadi pilihan ramai seperti pokok bunga kertas.

Mungkin sebab mudah ditanam dan cantik bila merimbun.

pokok bunga kertas
SUMBER foto: Pexels.

Cara menyemai anak pokok memang senang kerana hanya guna keratan batang jer.

Pun begitu, jika kalau tersilap langkah, keratan tunas batang tak menjadi dan mati begitu saja.

Seorang pencinta bunga, Nurul Ain Nadira tidak kedekut untuk share cara yang betul di akaun TikTok.

pokok bunga kertas

Beliau berkongsikan kaedah semaian pokok bunga kertas dengan hanya menggunakan botol air terpakai dan plastik.

Berikut langkah-langkah yang perlu diikuti:

1. Pilih cabang bunga yang sudah matang.
2. Kurangkan daun dan tunas pada batang.

pokok bunga kertas
3. Letak dalam botol air terpakai dan isi air pada paras 2 inci jer.
4. Letak di tempat teduh dan biarkan selama seminggu atau dua minggu.
5. Kemudian, ambil cabang bunga tersebut dan pindahkan ke dalam cawan plastik terpakai.

pokok bunga kertas
6. Jangan lupa untuk isi dengan tanah sebelum mencucuk batang dan siram sedikit air.
7. Serkup dengan plastik lut sinar untuk memudahkan pokok menerima cahaya matahari dan menjaga kelembapan tanah.

pokok bunga kertas
8. Ikat hujung plastik supaya nampak kemas.
9. Letak di tempat teduh dan biarkan selama dua hingga tiga minggu.
10. Bila sudah bercambah, boleh tanam terus ke tanah untuk tanaman lebih subur.

Baca juga Senangnya tanam pokok kesum, tak perlu tanah, 7 hari sedia dituai

Iklan

Kalau diteliti satu persatu, memang tak renyah cara menyemai anak pokok kertas, lagi-lagi tak memerlukan ruang atau tanah yang banyak.

pokok bunga kertas
SUMBER foto: Pexels.

Duduk rumah apartmen pun boleh menanam pokok.

Cuma perlu ada kesabaran untuk menunggu tunas bercambah.

Baca juga Cara mudah tanam pokok daun sup, guna batang dan akar, tak perlu benih

Apa kata kalian menggunakan masa cuti sekolah ini dengan mengajak anak-anak bercucuk tanam.

Iklan
pokok bunga kertas
SUMBER foto: Pexels.

Mesti mereka teruja melihat anak pokok berbunga atau sayur-sayuran hidup subur.

Bukan saja menjadi terapi diri, malah masa terluang diisi dengan aktiviti bermanfaat. Taklah jemu duduk di rumah jer, kan?

Okey! Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi