Cemburu anak manja dengan pengasuh, wanita nekad berhenti kerja, berniaga tepi jalan
CEMBURU adalah perasaan dan sifat semula jadi manusia. Tiada manusia normal yang tidak pernah merasai perasaan itu.
Kalau diikutkan, cemburu adalah gabungan emosi marah, meluat dan benci.
Satu lagi, ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia, wanita atau lelaki.
Ketahuilah seandainya kita memiliki sifat cemburu yang berlebihan, ia tidak bagus dari aspek mental dan fizikal.
Namun, apa pandangan pembaca SinarPlus jika seorang wanita cemburu melihat anak-anak yang dikandungnya lebih rapat dan manja dengan pengasuhnya?
Disebabkan perasaan itu terus menguasai dirinya, wanita yang dikenali sebagai Puteri Azie nekad berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak di hadapan mata.
Beliau sanggup melepaskan jawatan terakhir sebagai Pengurus Eksekutif di sebuah syarikat demi tiga cahaya mata lelakinya.
Baca juga Anak batuk tak henti, selesema, ini cara mudah doktor dedah patut ibu lakukan
Memetik laporan portal tempatan mStar, wanita berusia 44 tahun itu nekad berbuat demikian selepas tragedi salah seorang anaknya tidak sihat.
Bukan itu sahaja, beliau secara jelas melihat anaknya sangat rapat dengan pembantu rumah.
Pada saat itu, Puteri Azie mula risau anak-anaknya tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya.
Selepas suami tercinta meninggal dunia, beliau memulakan perniagaan nasi bungkus di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor ketika berusia 26 tahun.
Menurut anak jati Kelantan itu, urusannya untuk berniaga di tepi jalan sangat dipermudahkan ALLAH.
“Saya banyak dibantu peniaga di sekeliling dalam mendapatkan bantuan seperti meja, khemah dan generator,” kata wanita yang memiliki rupa paras jelita itu.
Walaupun terpaksa mengendong anak kecil ketika itu untuk berniaga, Puteri Azie bersyukur perniagaan kecilnya mendapat keuntungan hingga RM13,000 dalam bulan pertama.
Paling penting, beliau turut berasa bahagia dan gembira kerana hasrat untuk berada bersama anak-anak tercapai.
Itu semua cerita lama. Hasil usaha keras 18 tahun berniaga nasi kerabu, nasi lemak dan nasi berlauk, kini ketiga-tiga anak Puteri Balqis sudah membesar dan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Baca juga Adil urus ibu bapa, tak ada yang culas, idea wanita ini buat giliran disokong ramai
Anak pertama dan kedua melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan masing-masing di Jerman dan Universiti Teknologi Marah Malaysia.
Sementara anak ketiga masih belajar di tingkatan empat.
Meskipun kesemuanya sudah meningkat dewasa, Puteri Azie nampaknya tetap memilih untuk meneruskan jualan di tepi jalan kerana hal itu dapat membahagiakannya bersama keluarga.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya terinspirasi dengan ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak hingga berjaya.
Ramai juga yang menitipkan doa agar dia dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.
Berikut petikan komen-komen warga maya:
"Alhamdulillah usaha yang terbaik... Cari rezeki yang halal dan diredai. Kehidupan harus diteruskan."
"Alhamdulillah, terbaik naluri seorang ibu yang membesarkan anaknya."
"Ibu yang hebat macam saya juga besarkan anak-anak sendiri...Semoga ALLAH memberi kesihatan dan rezeki yang meluah buat awak sekeluarga."
"Seorang ibu muda yang kuat, dahlah cantik pandai pula memasak dan berniaga. Pakej sis!"
"Wanita kuat luar biasa, moga ALLAH berikan rezeki yang luas, kesihatan yang baik, umur yang bermanfaat dan dipermudahkan segala urusan."
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang