SELEPAS Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan, tidak dinafikan ramai mengambil peluang untuk menghabiskan cuti tahun untuk pulang ke kampung.

Pengumuman kerajaan menamatkan larangan merentas negeri disambut baik oleh semua, malah saat tersebut yang paling ditunggu-tunggu untuk menjenguk ibu ayah tercinta di kampung.

Barangkali menjadi satu bonus jika desa tercinta memiliki keindahan alam semula jadi seperti air terjun, anak sungai mahupun gunung-ganang yang menghijau.

kampung ala syurga

Kalaulah dapat itu semua, jimatlah kos kita daripada menyewa chalet ataupun resort percutian!

Perkongsian video pendek oleh seorang pengguna TikTok, Saibah Azmi ternyata membuatkan warganet cemburu, apatah lagi lokasi yang dikongsikan memang memukau.

Baca juga Wanita Kedah kongsi pengalaman, menetap di Guinea kampung suami, raih perhatian warganet

Pemilik akaun @saibahazmi tersebut berkongsi kisah kampung halaman mertuanya yang tak ubah seperti destinasi percutian dalam hutan.

Wanita tersebut menulis, apabila rumah mertua di dalam hutan, lengkap pakej pemandangan gunung dan anak sungai, anak pun tumpang gembira.

@saibahazmiPART 2-RUMAH MERTUA DALAM HUTAN. Ada nak tgok tak view atas gunung? Komen NAK ##fyp ##beautyview ##JomReady ##mertua ##balikkampung ##beautynature♬ suara asli – Zerz`SoftBoy🤺

Menariknya, kampung halaman yang dikatakan ‘ala paradise‘ itu lebih menarik kerana dikelilingi dusun buah-buahan seperti durian.

Bayangkan apabila tiba musim raja buah, tidak perlu bersusah payah mengeluarkan belanja untuk membeli buah tersebut kerana di kampung semuanya lengkap.

Lagi syok, sungai yang jernih di Kampung Tanjung Kekabu, Gerik Perak itu dihiasi dengan gunung berkembar iaitu Gunung Kerunai dan Gunung Kenderong.

kampung ala syurga

Bukan satu, tetapi empat video pendek yang dikongsikan Saiba membuatkan ramai teruja lebih-lebih lagi rumah kampung berlatarkan gunung dengan kabus tebal memang cantik.

Jarak ke sungai pun jalan kaki sahaja dan cukup privasi. Air pun jernih dan tiada orang yang datang untuk bermandi-manda di sana.

Video yang menerima jumlah 159,000 tontonan paling tinggi itu membuatkan ramai rindukan zaman kampung dulu-dulu.

Iklan

kampung ala syurga

Tidak kurang juga mengusik malam-malam mesti takut nak lepak luar rumah.

kampung ala syurga

Teringin nak duduk rumah macam ini tetapi takut kalau ada kes emergency.

kampung ala syurga

Iklan

Bunyi unggas buat hilang tension.

kampung ala syurga

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Memang seronoklah kalau dapat kampung ala-ala percutian dalam hutan seperti itu tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk keluarga.

Makna kata, tidak perlu susah-susah nak cari port riadah untuk anak mandi sungai atau mendaki gunung. Bertuah badankan?