HOBI membela kucing memang sinonim dalam kalangan masyarakat kita sehingga ada yang sanggup menjaga puluhan anak meow di rumah.

Bukan sahaja sifatnya yang manja menyebabkan haiwan ini disukai, biasanya untuk memberinya makan juga mudah. Beli saja makanan berasaskan ikan yang dijual di pasar atau nasi yang dicampurkan dengan isi ikan.

Namun lain pula si meow yang dibela oleh Suhaili Samsuri, 39, yang mempunyai selera makan yang kuat sehinggakan diberi nama Lapo.

kucing durian

Agak lucu juga bila mendengar nama itu, lebih-lebih lagi tatkala mengetahui selera luar biasanya. Jangan tak percaya, sehinggakan buah-buahan seperti durian, mangga, nangka pun ditibainya!

Kata anak jati Tanjong Karang, Selangor itu, kucing yang seekor ini memang pelik perangainya dek suka makan semua yang disua termasuklah kek.

kucing durian

“Anak kucing kampung ni memang bela dari kecil lagi dan sekarang umurnya dah empat bulan. Memang manja dan semua dalam keluarga pun suka manjakan dia dengan makanan.

“Sebab sua apa pun kucing ni makan. Memang kelakar bila tengok dia makan sampai licin. Kalah anak saya bila makan durian,” ceritanya sambil ketawa.

Iklan

Bak kata Suhaili, si Lapo ini senang dijaga dan tidak memilih makanan. Berbeza berbanding 10 lagi kucing belaannya yang hanya suka makan ikan, ayam mahupun daging saja.

kucing durian

Pernah juga dengar kucing suka makan durian tapi jarang-jarang tengok meow ni suka makan buah mangga dan nangka.

Iklan

Alahai si bulu ni, semuanya kau makan ya?

[jwplayer WvrCYqUl]