Cuti paterniti hanya 2 hari, lelaki pilu balik rumah isteri dalam pantang pergi selamanya, anak menangis kelaparan di sisi

Cuti paterniti hanya 2 hari, lelaki pilu balik rumah isteri dalam pantang pergi selamanya, anak menangis kelaparan di sisi

PILUNYA hati seorang suami melihat isteri yang baharu berkorban melahirkan zuriat pergi buat selama-lamanya ketika empat hari berpantang.

Lebih menyedihkan apabila lelaki itu menemui bayi lelaki menangis kelaparan di sisi jasad ibu yang tidak lagi bernyawa!

Bapa berkenaan, Exly Jailon dari Sabah berkongsi pengalaman sedih yang wajar dijadikan pengajaran.

Semuanya bermula apabila lelaki itu hanya diberikan cuti khas isteri bersalin atau paterniti selama dua hari selepas isterinya melahirkan pada 4 Mei lalu.

Baca juga: Meninggal dunia mengejut, catatan terakhir arkitek sarat hamil menyentuh hati, luah angin tak lepas

Iklan
Iklan

Selepas itu, majikannya berkata ‘bagus lagi kalau kau turun kerja’ seperti memintanya hadir bekerja seperti biasa.

Oleh kerana tuntutan tugas, Exly tidak berupaya menguruskan isteri dan bayi mereka sehingga suri hatinya itu menghembuskan nafas terakhir pada 9 Mei lalu.

Beliau dalam hantaran di Facebook meluahkan keperitan melihat jasad isteri tidak bernyawa ketika pulang daripada bekerja.

“Kamu boleh bayangkan balik dari kerja wife sudah tidak bernyawa.

“Anak yang baru lahir dalam usia empat hari menangis tidak dapat menyusu di samping ibunya yang sudah berbaring keras tidak bernyawa,” titipnya.

Menerusi laman sosial Facebook, lelaki itu berkongsi sedih dan terkilan dengan keadaan yang menimpanya.

“Saya mati-mati bekerja dengan kamu. Gara-gara itulah saya balik kerja buka pintu nampak mendiang isteri sudah keras tidak bernyawa, kamu fahamkah perasaan saya?” luah Exly.

Baca juga: Sah cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu mulai Januari 2023, 20 info perlu tahu

Situasi dihadapi oleh lelaki itu telah dikongsikan rakan Exly iaitu Harayanie Haraa yang mempersoalkan tindakan majikan berkenaan.

“Gaji dia juga dipotong selama 13 hari di mana pada masa tersebut sedang berkabung dengan pemergian mendiang,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Harayanie meminta agar undang-undang berkaitan cuti paterniti diteliti semula mengikut keperluan semasa.

Beliau turut mempersoalkan jumlah cuti paterniti di negeri itu hanya dua hari berbanding tujuh hari di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.

Baca juga: Wanita dibuang kerja terima pampasan RM39,000 gara-gara hamil lagi ketika cuti bersalin

Exly menggunakan cuti tahunan untuk membawa isterinya ke klinik.

“Kenapa beza betul Sabah dengan di sana (Semenanjung). Syarikat tempat saudara ini bekerja meminta supaya dia tidak menyalahkan pihak mereka jika terjadi hal-hal yang tidak diingini sedangkan minta cuti untuk jaga mendiang pun, syarikat suruh turun kerja.

“Dia bekerja sebagai pemandu penghantar bekalan untuk cawangan. Bukan pemandu gaji lebih daripada RM1500?” titipya.

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Harayanie berharap pihak yang sudi untuk memperjuangkan masalah rakannya itu.

Warganet yang mengikuti perkembangan kes berkenaan menyatakan berang dan perasaan kurang senang selain berharap nasib Exly terbela.

– “Moga dipermudahkan segala urusan. Terang-terangan sudah salah. Ada akta khas berkaitan cuti.”

– “Semoga diberikan kekuatan kepada saudara.”

– “Tuntut ganti rugi atau ambil tindakan undang-undang. Semoga dipermudahkan.”

Sumber: Facebook Exly Jailon, Harayanie Haraa

Baca juga: Bahaya tumpah darah lepas bersalin rahim boleh dibuang, 12 golongan ibu hamil ini jaga-jaga ya

Baca juga: Salur darah paru-paru tersumbat darah beku, pulmonary embolism ‘pembunuh senyap’ wanita selepas bersalin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Azma ML

Recent Posts

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

39 mins ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

4 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

7 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

8 hours ago

42 tahun bergelar ibu tunggal, wanita ini bertemu jodoh semula di usia 78 tahun. ‘Dulu pergi masjid seorang, kini berteman’

KALAU sudah jodoh, memang takkan ke mana. Demikian perumpamaan yang sesuai diungkapkan buat wanita bergelar…

9 hours ago