'Dah boleh masuk half-marathon.'- LRT tidak beroperasi, lelaki jalan kaki 26km balik rumah

A
A
A

-'SUDAH boleh masuk half-marathon'- Demikian komen warga maya  kepada lelaki ii yang sanggup berjalan kaki sejauh 26 kilometer (km) untuk pulang ke rumah selepas gangguan perkhidmatan transit kereta api ringan atau light rail transit (LRT) di ibu negara.

Penggantungan operasi 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park selama tujuh hari bermula 9 November hingga 15 November walaupun digantikan dengan bas tetap memberikan kesan kepada pengguna.

Ada yang memilih untuk berkongsi kereta, mendapat kelonggaran bekerja dari rumah dan mencari pengangkutan alternatif.

Baca juga: Gangguan perkhidmatan LRT, 16 stesen tidak beroperasi seminggu, 5 info perlu tahu

Namun pengguna TikTok Ademeji7 memilih untuk berjalan kaki. Pemuda itu berkongsi cabaran (challenge) perjalanan pulangnya dari Universiti Malaya yang terletak di Bangsar ke Lembah Keramat dengan berjalan kaki kerana perkhidmatan LRT tergendala secara tiba-tiba.

Baca juga: Sanggup jalan kaki pulang ke kampung, percubaan'berani mati' pasangan suami isteri, dua anak kecil buat ramai tergamam

Beliau memulakan perjalanan daripada Stesen LRT Kerinci ke arah KL Sentral.

"Anggap ini sebagai latihan kardio untuk kekal sihat dan aktif," seloroh ADAM.

Adam berjalan melalui beberapa kawasan termasuk Abdullah Hukum, Bangsar untuk tiba ke KL Sentral.

Dari sana, pemuda berusia 24 tahun itu kemudian menaiki monorel hingga ke Stesen LRT Dang Wangi dan berjalan kaki menuju ke Stesen LRT KLCC.

Bagaimanapun, sesampainya ke Stesen LRT KLCC, beliau mendapati perkhidmatan tergendala sementara.

Tidak membuang masa, Adam bergerak ke Stesen LRT Ampang Park meredah hujan lebat namun stesen tersebut juga didapati tutup.

 

Baca juga: Berjalan ke sekolah sejauh 2 km walau ada satu kaki. Ini kisah remaja 14 tahun

Adam kemudian menaiki bas sehingga ke Jalan Ampang dan berjalan kaki menyusuri pejabat-pejabat kedutaan di sana dalam keadaan basah lencun.

"Saya menuju ke Stesen LRT Jelatek, Alhamdulillah dapat menaiki tren ke Stesen Datuk Keramat," katanya yang kemudian tiba ke rumah.

Menurut Adam, perjalanan bermula jam 5.00 petang hingga 9 malam itu dicatat sejauh 26km menerusi peranti jam pintar.

"Saya mengukur jarak menggunakan Apple Watch danA Google Maps. Jarak dari UNIVERSITI MALAYA ke Lembah Keramat (rumah saya) ialah 26km.

"Ini semua termasuk naik turun tangga, salah jalan, banyak melintas dan lain-lain," ujar Adam kepada SinarPlus.

Warga maya kebanyakannya tersentuh dengan perkongsian lelaki itu dan menzahirkan kesyukuran beliau selamat sampai di rumah.

-"Sudah boleh masuk half-marathon ini. Bertabahlah bro!"

-"Saya nampak anda semalam ketika menunggu bas di Abdullah Hukum. Saya ingatkan anda sedang berjalan laju (brisk walk) kerana nampak sangat pantas."

-"Pakai baju dan kasut yang selesa memang sedap berjalan."

-"Kalau saya 26 langkah sudah menangis tepi jalan."

-"Kalau saya menangis dalam hujanlah. Hendak layan seminggu begini, sampai di pejabat tidak ada mood hendak bekerja, berpeluh."

Tidak kurang ada warga maya yang berkongsi tip memudahkan penggunaan jaringan pengangkutan awam di ibu kota.

-"Saya gunakan aplikasi Moovit. Melaluinya kita boleh pilih pengangkutan awam apa yang ada di kawasan tersebut. Ia juga berikan anggaran masa tiba di destinasi."

-"Dari Kerinchi ke Universiti Malaya itu biasa. Kerinchi ke KL Sentral luar biasa. Hati-hati kerana laluan pejalan kaki tidak berapa selamat."

Baca juga: Kisah besen hijau menyentuh hati, wanita kongsi anak hampir tenggelam, jalan kaki 3 jam, redah air 10km selamatkan diri

Kredit foto: Rapid KL

 

Baru-baru ini Rapid KL mengumumkan 16 buah stesen LRT digantung operasi selepas mengalami masalah sistem kawalan tren automtik (ATC) yang tidak stabil.

16 stesen yang terlibat ialah:

1. Kelana Jaya

2. Taman Bahagia

3. Taman Paramount

4. Asia Jaya

5. Taman Jaya

6. Universiti

7. Kerinchi

8. Bangsar

9. Abdullah Hukum

10.KL Sentral

11.Pasar Seni

12. Masjid Jamek

13. Dang Wangi

14. Kampung Baru

15. KLCC

16. Ampang Park

Perkhidmatan bas perantara percuma untuk laluan Kelana Jaya bagi menampung keperluan orang ramai tiba ke destinasi.

Baca juga: Ini kisah Adam Muhammad, jalan kaki 6,500 km, rentas 9 negara ke Makkah

Sumber: TikTok @AdamEji7 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca