'Dah mula makan bubur, doakan baby doll cepat sembuh ye', Abdul Rahman kongsi keadaan adik

A
A
A

'Dah mula makan bubur, doakan baby doll cepat sembuh ye', Abdul Rahman kongsi keadaan adik

REMAJA lelaki yang terselamat dalam kemalangan jalan raya hingga mengorbankan enam ahli keluarga mereka di Jalan Segamat-Kuantan, 1 September lalu sudah mulai makan bubur.

Menurut perkongsian Abdul Rahman Amir Ruddin adiknya Abdullah, 15 tahun yang sebelum ini dilaporkan parah dan sedang menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat akibat kecederaan parah di bahagian kepala, usus dan paru-paru kini dikatakan dalam kondisi semakin baik.

"Ahamdulillah, satu lagi miracle ALLAH tunjuk, baby doll (Abdullah) dah mula makan bubur dan semalam dia mula isi perutnya yang kurus keding tu.

"Doakan baby doll (panggilan usikan) semoga cepat sembuh ya," coretnya di aplikasi TikTok.

Difahamkan juga Abdullah kini boleh minum secara normal menggunakan botol susu.

Dalam pada itu menerusi perkongsian nenek saudara dua beradik itu dikenali Norihah @ibunilam, Abdullah memohon doa semua buatnya.

Baca juga Adik kini boleh bernafas sendiri, kondisi makin baik, Abdul Rahman berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia

 

"Abdullah mohon doakan dia, dia tau dia sakit, dia nak bangun, dia nak solat dan rasanya dia ingat kejadian kemalangan itu.

"Cuma kehilangan berganda yang berlalu Dolla masih tak tahu. Kami perlu bantu Abdul Rahman kuat sebab dia nampak tenang tapi jiwanya pasti pilu.

"Lihat Dolla terlantar sakit. Moga Dolla cepat sihat, sayu suaranya merayu doakan dia," tulisnya.

Baca juga Al-Quran milik adik perempuan dipulangkan kepada Abdul Rahman, selitan nota ibu buat ramai sebak

Terdahulu, ibu bapa serta empat lagi adik kepada Abdul Rahman disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, ketika mereka dalam perjalanan untuk menghantar ibunya di Segamat.

Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Jenazah enam beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong pada petang Sabtu, 2 September.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca