DA’ I Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak menghargai cara ibu mendidik. Malah beliau menganggap ilmu yang diajar ibu lebih mahal daripada sijil-sijil yang diraih.

Aktif bergerak sebagai pendakwah bebas, beliau sering memberikan ceramah dan kuliah agama dalam menyampaikan dakwah.

Melalui perkongsian Da’i Hamidah dilaman sosial Facebook, pendakwah berusia 30 tahun itu berkongsi amat menghargai ilmu yang diperolehi daripada ibunya, Azizah Othman.

Baca juga: Terlalu rindu arwah ibu, jemaah wanita rebah 3 kali di pangkuan Ustazah Asma’ Harun usai saie

Baca juga: Wanita Cina besarkan anak angkat Muslim terima Anugerah Maulidur Rasul, berikut kisahnya yang menyentuh hati

Malah katanya, curahan pengetahuan itu yang paling mahal berbanding dengan segala sijil-sijil yang beliau miliki.

“Dalam hidup, ilmu ini lebih mahal dan penting. Walau pun dalam gambar majlis konvokesyen, saya ingin berkongsi tentang ilmu yang lebih mahal. Konvokesyen kali ini saya sudah berumah tangga dan ada anak.

“Semua orang yang sudah berkahwin pasti merasai fasa awal perkahwinan. Namun apa yang terharu sangat ialah selama saya berumah tangga, maklah insan yang sangat positif menenangkan saya. Apa juga yang negatif, mak pasti fikir positif. Mak ajar saya cara nak positif, mak ajar saya fikir positif,” ujar Da’i Hamidah.

Jelas Da’i Hamidah lagi, tidak pernah satu ayat pun yang ibunya berkata sesuatu itu negatif. Adakalanya jelas Da’i Hamidah, si ibu seperti lebih menyayangi menantun berbanding dirinya.

Baca juga: Selamat bersalin, Dr Amalina kini bergelar ibu, dedah wajah anak perempuan

Baca juga: Adik 14 tahun jadi wali nikahkan kakak, ramai sebak, puji berani

“Mak selalu fikir yang baik- baik tentang semua menantunya. Pernah saya cuba meluahkan kata-kata untuk sekadar hendak melepaskan rasa, mak tetap kata, “cuba adik di tempat dia, cuba adik rasa apa yang dia rasa, cuba dan cuba.” Ya Allah, rasa kecewa geram semua hilang disebabkan kata-kata positif mak.

“Sungguh jasa mak membuatkan saya lebih menghargai pasangan dan menikmati fasa baru dalam perkahwinan. Saya terpaksa tulis di sini, sebab dikala berseorangan, air mata saya kadangkala mengalir tatkala mengenang jasa mak dalam mengajar saya akan ilmu yang mahal ini,” tuturnya.

Menurut Da’i Hamidah lagi, ibunya tidak pernah berkata yang tidak baik tentang sesiapa pun. Akui Da’i Hamidah pernah juga beliau cuba untuk berbicara tentang suaminya namun si ibu menghalang habis-habisan.

Baca juga: Kejutan yang cukup bermakna! Hadiahkan kereta sempena ibu bapa bersara, luahan hati Hafiz Mahamad undang sebak

Iklan

“Maka terkenallah mak dengan gelarannya iaitu mertua yang terlalu menyayangi menantu, kadang-kadang boleh membuatkan anak sendiri berasa cemburu. Begitulah kisah biasa daripada saya yang baru hendak belajar tentang kehidupan. Sesungguhnya, ilmu ini lebih mahal daripada ilmu dalam segala sijil yang saya ada.

“Terima kasih mak. Mak guru utama dalam hidup saya. Saya tidak rasa apa-apa sangat tentang konvokesyen tetapi saya rasa luar biasa jika dapat diraikan bersama mak. Sebab sikap positif mak itulah yang membuatkan saya dapat memcapai apa yang saya impikan,” kongsi Da’i Hamidah.

Da’i Hamidah amat bersyukur  dek kerana sikap positif ibunya, beliau kuat mengharungi liku- liku dalam kehidupan. Kini emak yang tersayang sudah mencecah usia 70 tahun, Juara Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketiga (2015) itu menitipkan agar usia ibunya diberkati dan dikurniakan husnul khatimah oleh ALLAH SWT.

Untuk rekod, Da’i Hamidah mendapat pendidikan menengah di Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena Kedah sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Akidah dan Agama di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kini beliau baru sahaja menggenggam Ijazah Sarjana Usuluddin dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

Demi kecintaan kepada ilmu, beliau berhajat untuk menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan sama.

Iklan

Baca juga: Ibu pelik kulit anak tiba-tiba bertukar kuning, rupanya makan terlalu banyak limau

Sumber: Da’i Hamidah , USIM

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi